Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan Chelsea VS Benfica Live Final Europa League 17 Mei 2013 menyaksikan Chelsea menang 2-1 sekaligus muncul juara (pemenang) Liga Eropah musim 2013.


Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan minit ke 59, namun kedudukan tersebut tidak lama apabila Oscar Cardozo menjaringkan gol penyamaan menerusi penalti lapan minit kemudian.





Blues beraksi tanpa pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard dan kapten pasukan, John Terry yang kedua-duanya dibelenggu kecederaan.




Chelsea meraih gelaran Liga Europa selepas tandukan Branislav Ivanovic pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan 2-1 ke atas Benfica pada perlawanan akhir di Amsterdam Arena.


Pemain pertahanan Serbia itu yang berada jauh dari gawang gol mudah menewaskan penjaga gol Benfica, Arthur selepas menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata pada minit ke-93.




Kejayaan Chelsea terus menambah kemarau kejuaraan buat Benfica yang tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah itu sejak 1962.


Kejayaan Chelsea menjulang piala Liga Europa sebentar tadi menjadikannya kelab EPL pertama berjaya menjulang kesemua tiga piala utama UEFA. 


PREVIOUS ENTRY


Keputusan Chelsea VS Benfica Live Final Europa League 17 Mei 2013 akan di ketahui pagi ini. Keputusan Chelsea VS Benfica Live Final Europa League (Liga Eropah) 17 Mei 2013 akan menyaksikan pasukan yang menang akan membawa pulang trofi Liga Eropah 2013.


Benfica, juara Eropah 1961 dan 1962 di lihat banyak bergantung pada pemain tengah Eduardo Salvio, Nicolas Gaitan, Pablo Aimar, Ola John dan Nemanja Matic untuk membekalkan serangan buat penjaring Paraguay, Oscar Cardozo dan gandingan serangan, Lima dan Rodrigo.


Cardozo, Lima dan Rodrigo sudah mengumpul 71 daripada 118 gol kelab itu musim ini.


Benfica memiliki kenangan indah Amsterdam apabila memenangi Piala Eropah terakhir mereka menentang Real Madrid pada 1962.




Benfica lebih berbakat dari segi teknikal berbanding Chelsea tetapi kelab itu bukan pasukan pilihan pada perlawanan akhir Liga Europa yang akan berlangsung di Amsterdam tetapi Chelsea tetap menjadi pilihan, dengan skuad yang amat seimbang dan dengan pemain yang amat mahal.


Chelsea, pemenang Liga Juara-Juara Eropah 2012 pastinya mahu memenangi trofi ini bagi menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya 1 piala. 


Chelsea pula pastinya akan mengharapkan gandingan Fernando Torres, Juan Mata, Oscar dan Frank Lampard untuk memburu gol 


Apa-apa pun saksikan perlawanan Chelsea VS Benfica live Final Europa League 17 Mei 2013 di saluran 810 Astro SuperSport jam 3 a.m.


Keputusan (result) perlawanan  Chelsea VS Benfica live Final Europa League 17 Mei 2013 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget