Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE


Keputusan Bayern Munich VS Borussia Dortmund live Final Champions League 25 May 2013 menyaksikan Bayern Munich menang 2-1 ke atas Borussia Dortmund sekaligus Bayern Munich muncul Juara (pemenang) Liga Juara Juara Eropah musim 2012/2013.



Perlawanan akhir antara dua kelab Jerman yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan masing-masing saling berbalas serangan sebaik saja wisel perlawanan dibunyikan. 




Pada minit ke-60, Mario Mandzukic meletakkan Bayern Munich di hadapan setelah menolak masuk hantaran Arjen Robben yang menggelecek penjaga gol Dortmund. 


Dortmund dihadiahkan sepakan penalti setelah pertahanan Bayern tersepak dada pemain Dortmund. Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti Dortmund pada minit ke-67 sekaligus menjadikan kedudukan 1-1. 



Bagaimanapun, pada minit ke-89, barisan pertahanan Dortmund gagal menghalang kemaraan Robben apabila dengan tenang menjaringkan gol kemenangan Bayern Munich seterusnya membantu gergasi bola sepak Bundesliga itu menutup tirai musim ini dengan menjulang piala berprestij eropah itu.




PREVIOUS ENTRY


Keputusan Bayern Munich VS Borussia Dortmund Live Final Champions League 25 May 2013 pastinya amat dinanti-nantikan. Keputusan Bayern Munich VS Borussia Dortmund Final Champions League (liga Juara Juara Eropah) akan menyaksikan pasukan yang menang akan menjulang trofi kebanggaan kelab Eropah. 


Hubungan antara dua pasukan terbaik Jerman itu sentiasa tegang menjelang pertemuan di Stadium Wembley namun apa yang berlaku di luar padang menjadikan perebutan kejuaraan kelab terbaik Eropah itu lebih bernilai.


Meskipun menamatkan kempen dengan rekod 25 mata mengatasi Dortmund dalam Bundesliga, Bayern mahu mengesahkan status sebagai kelab terbaik negara itu selepas kecewa menyaksikan Dortmund merangkul gelaran liga 2 kali berturut-turut serta menerima pujian kerana mempamerkan gaya permainan menarik.


Jom kita terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah ini :-




Pemain harapan Dortmund pastinya Robert Lewandowski yang  menjaringkan 10 gol dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini yang telah menghampakan banyak pasukan pilihan antaranya ialah Manchester City, Ajax Amsterdam, dan Real Madrid.


Bayern Munich pula pastinya menharapkan gandingan Frank Ribery, Arjen Robben, Mario Mandzukic, Mario Gomez dan Thomas Muller untuk mengatasi Dortmund sekaligus mahu memadam kekecewaan kalah kepada Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara Jura Eropah musim lalu.


Jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan akhir Bayern Munich VS Borussia Dortmund Live Final Champions League 25 May 2013 di saluran Astro ASSP saluran 810 jam 2.45 a.m. Jika ada live straming nanti saya akan kongsikan di sini nanti.



Keputusan (result) Bayern Munich VS Borussia Dortmund Live Final Champions League 25 May 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget