Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Hukum Menyambut Valentine Day @ Hari Kekasih 14 Februari



Masuk sahaja bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih @ Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari.


Namun begitu, bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan ini walaupun ianya tidak terdapat dalam ajaran Islam.




Ini ialah fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia :- 


"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.


"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,". 




Dari fatwa itu kita dapat simpulkan bahawa umat Islam dilarang menyambut Valentine Day. Hukumnya HARAM di sisi Islam kerana terdedah kepada maksiat. 


Namun ada juga umat Islam yang jahil mempermainkan hukum ini. Jom kita lihat komen seorang selebriti ini di Twitternya mengenai Valentine Day : -






Melihat dari komen si selebriti ini, dapatlah di simpulkan beliau kurang arif tentang Agama Islam. Sebenarnya Valentine Day memang hukumnya HARAM dari dahulu lagi. 


Rogol dan bunuh itu memang dosa besar. Hukum merokok pula adalah HARAM kerana ianya memudaratkan kesihatan. 


Di harapkan pihak Jabatan Agama Islam memainkan peranan yang penting mendidik umat Islam agar tidak menyambut Valentine Day dan menerapkan ilmu-ilmu akidah dan ajaran Islam kepada umat Islam. 


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
6 Comments

6 comments:

faiz said...

org jahil bila bercakap mmg camtu...biarkan comment dieorg tu...hanya allah saje dapat beri pembalasannya...

Sharinginfoz said...

tak perlu le pertikaikan, dah jelas kan

Unknown said...

mcm mane ke rope si sharifah sofia ni yob? ape ke nampak bengap pulok.. haishhhh

Tieah Madian said...

Wanita tu mmg jahil..
Dulu pun tersebar dlm emel gmbr dia peluk anjing..
So, aku tak heran lah kalo isu ni pun dia boleh pertikaikan..
Memang betul ape, aku sekolah rendah dulu pun tahu yg valentine's ni haram cuma ia agak kurang publisiti..
Yelah zaman media elektronik agak lambat kan?

Latest entry : Kempen : Kami TAK Sambut Valentine's Day

Unknown said...

Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua dan saling menyampaikan kebenaran....Amin

Unknown said...

"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam". Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua....Amin

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget