Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Keputusan perlawanan antara Barcelona VS Real Madrid (El-Clasico) Live La Liga 2010/2011 memihak kepada Barcelona yang menang bergaya 5-0 ke atas pendahulu liga, Real Madrid.


Perlawanan yang di adakan di Nou Camp ini jelas menampakkan dominasi Barcelona dari awal permainan sehingga memperoleh gol awal menerusi Xabi yang bijak memperdayakan Iker Cassilas hasil hantaran Andeas Iniesta pada minit ke 10 


Gol kedua hadir menerusi Pedro yang menolak masuk bola yang terlepas dari tangan Iker Cassilas hasil asakan David Villa pada minit ke 18.




Permianan menjadi tegang apabila Cristiano Ronaldo menolak jurulatih Pep Guardiola yang tidak mahu memberikan bola yang keluar kepadanya. Akibat insiden itu berlakunya tolak menolak antara pemain kedua-dua pasukan. 


Separuh masa kedua, Barcelona terus berpesta gol apabila David Villa menyumbat 2 gol pada minit 55 dan 58  hasil gerakan counter attack yang dijanakan oleh Lionel Messi. 


   

Pertembungan El-Clasico ini dicemari dengan aksi layangan kad kuning kedua-dua pasukan akibat terjahan kasar dan tolak menolak berlaku. Lionel Messi juga dilayangkan kad kuning kerana berpura-pura jatuh ditolak Ricardo Carvalho.


Pada minit ke 90, pemain gantian Barcelona, Jeffran Suarez menambah derita Rael Madrid apabila menolak masuk bola hantaran Bojan Krkic melengkapkan malam derita Real Madrid. 


Sejurus selepas itu Sergio Ramos dilayangkan kad merah kerana menolak muka Puyol akibat gagal menahan kemarahan.


 

Barcelona nyata mendominasi permainan dengan ball possession 67-33. Real Madrid pula serba tidak menjadi di bahagian serangan yang diketuai Karim Benzema. Hampir tiada percubaan tepat ke arah pintu gol Barcelona.


Nampaknya ketiadaan Kaka dan Gonzalo Higuain jelas merencatkan permaianan Real Madrid manakala pemain Barcelona bebas bergerak ke sana sini dengan permaianan hantaran pendek yang kemas.    


Tahniah kepada Barcelona yang bermain baik pada perlawanan ini. Kedua-dua pasukan akan bertembung sekali lagii di Standium Santiago Bernabeu nanti. Dapatkah Real Madrid membalas demdam? Sama-samalah kita tunggu...  


Adios~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Anonymous said...

ulasan yg lengkap..menarik..tahniah Barcelona

P/S: Akhirnya Aku Cashout Earning Nuffnang Yang Banyak K
P/S: Tutorial Download Video Dari Website Tonton.com.my

amirah said...

aduhai..0 tu..kalau bagi ihsan satu pun takpe

ParkAir said...

hiiihiihii apa dah jadi real madrid, kena gulai je neh.

Sharinginfoz said...

teruk betul kena belasah, tengok diaorang kat padang bergaduh aja

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget