Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted




Bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 RM500 akan diberikan kepada kakitangan awam dan RM250 pesara. Pengumuman bonus Hari Raya Aidilfitri 2013 atau Bantuan Khas Kewangan telah dibuat oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. 


Bonus Hari Raya Aidilfitri atau Bantuan Khas Kewangan ini akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara pada 31 Julai 2013 (rabu).


Butiran Bantuan Hari Raya 2013 (Bantuan Khas Kewangan 2013)

  • Bantuan Raya 2013 ini dikenali dengan Bantuan Khas Kewangan 2013
  • RM500 untuk 1.4 juta kakitangan awam bernilai RM670 juta
  • RM250 untuk 660,000 pesara kerajaan bernilai RM165 juta
  • Tarikh pembayaran Bantuan Hari Raya 2013 ini akan dibuat bayaran pada 31 Julai 2013
  • Pembayaran bantuan khas kewangan 2013 Hari Raya ini melibatkan gred 1 hingga gred 54

Tahniah kepada semua kakitangan awam dan pesara kerajaan yang menerimanya Bantuan Raya 2013 kali ini....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

Keputusan Undian Piala Malaysia 2013



Keputusan undian Piala Malaysia 2013 telahpun diketahui. Majlis undian Piala Malaysia 2013 ini berlangsung di TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur  pada 27 Julai 2013 jam 5.30 petang dan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801.


16 pasukan yang layak ke Piala Malaysia dibahagikan kepada 4 balang seperti rajah di atas. 4 pasukan teratas Liga Super diletakkan dalam balang A bagi mengelakkan pasukan pilihan bertembung dalam peringkat kumpulan. Pasukan-pasukan lain dibahagikan mengikut kemampuan dan kekuatan pasukan masing-masing di dalam Balang B, C dan D.


Inilah dia keputusan undian Piala Malaysia 2013 :

  • Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
  • Kumpulan B : Johor DT, Selangor PKNS, T-Team, Felda United 
  • Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan 
  • Kumpulan D : Lion XII, Perak, Sarawak, Kedah 


Nampaknya kumpulan maut musim ini pastinya kumpulan C di mana menemukan 3 gergasi dari Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 


Kumpulan lain nampaknya seimbang. Perlawanan pertama Piala Malaysia akan bermula pada 20 Ogos 2013. Jadual perlawanan akan dikeluarkan nanti.


Apa-apa pun selamat berjuang kepada semua pasukan yang bertanding...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~



Kali ini nak share dengan anda lirik lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak dan Kaka. Lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan dan Kaka ini ciptaan Audi Mok dan Omar K manakala lirik pula ditulis Zizan dan Aris.


Lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak dan Kaka ini dah semakin kerap berkumadang di corong-corong radio. Jom kita terjah lirik lagu Infiniti Cinta nyanyian Zizan Razak feat Kaka. 


Lirik Lagu Infiniti Cinta - Zizan Razak ft. Kaka





Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus

Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)



Semoga terhibur....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



Cuti umum Nuzul Quran pada 26 Julai 2013 (Jumaat) ini adalah untuk negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu sahaja. 


Ini bermakna negeri-negeri lain tidak bercuti pada 26 Julai 2013 ini. Hanya 7 negeri ini sahaja yang akan bercuti selama 3 hari dari 26 Julai - 28 Julai 2013 (cuti hujung mingggu + cuti umum).


Pastinya cuti 3 hari ini digunakan sepenuhnya rakyat di negeri tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang 2 minggu lagi.


Mungkin jua ada yang pulang ke kampung halaman berpuasa bersama keluarga tersayang dan ada yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli belah membeli barangan dan pakaian untuk berhari raya.




Bagi penduduk negeri Selangor pastinya menggunakan kesempatan ini untuk berkunjung ke Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur untuk membeli belah. 


Maklumlah tempat tersebut mempunyai banyak pilihan untuk membeli pakaian Hari Raya dan juga murah selain mengambil kesempatan ketidaksesakkan di Kuala Lumpur pada hari berkerja.


Selamat Menyambut cuti Nuzul Quran buat semua penduduk negeri yang mendapat cuti. Kepada penduduk negeri lain yang tidak mendapat cuti ini jangan jeles pula ya...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PENUH PRK KUALA BESUT


Keputusan Pilihanraya kecil Kuala Besut N1 24 Julai 2013 telahpun diumumkan. Keputusan Pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut ini menyaksikan BN menang dengan majoriti 2592.


Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.


Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh penambahan majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.




Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.


Tahniah kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang menjadi ADUN baru Kuala Besut. Semoga beliau dapat manabur bakti kepada rakyat yang memilih beliau di Kuala Besut....  



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget