Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Model Baru Proton 2012 - Proton P3-21A (Proton Espire)



Inilah dia wajah model baru Proton yang akan dilancarkan pada 2012. Buat masa ini model ini diberi nama Proton P3-21A namun ramai yang menjangkakan inilah dia Proton Espire yang digembar-gemburkan sebelum ini.


Buat masa ini, hanya model Proton P3-21A berwarna kuning yang sudah terdedah di internet. Melihat pada warna kuning ini maka boleh di anggap model ini ialah Bumble Bee (Transformers) Malaysia.


Rekabentuk model Proton P3-21A (Proton Espire) ini adalah  ini mirip kepada model Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember 2010. Oleh itu model ini dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.


Untuk melihat perbandingan antara Proton P3-21A (Proton Espire) dan Proton Tuah, anda boleh melihat kepada  gambar Proton Tuah di bawah ini.




Rekabentuk kedua-dua model hampir sama. Yang menampakkan perbezaan ialah pada fog lamp, grill, headlamps dan bumper depan.


Mungkin terlalu awal hendak diperkatakan tentang ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak kerana buat masa ini belum ada maklumat rasmi tentang spesifikasi untuk model ini.


Secara keseluruhan, dari aspek luaran Proton P3-21A (Proton Espire) ini menampilkan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, trendy, futuristik dan kelihatan seperti kereta buatan Eropah.


Kalau nak tahu ruang dalaman, prestasi, dan daya tahan lasak model ini sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Proton sendiri mengenai model baru Proton 2012 iaitu Proton P3-21A (Proton Espire) ...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN MALAYSIA VS INDONESIA LIVE SUKAN SEA 17 NOVEMBER 2011


KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 1-0 INDONESIA


Keputusan Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 17 November 2011 menyaksikan Malaysia menang 1-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di Stadium gelora Bung Karno.


Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Shahrul Azwari yang dimasukkan menggantikan Wan Zaharul Nizam yang mengalami kecederaan. Gol pada minit ke 18 ini hasil hantaran cantik Mahali Jasuli dari kanan padang.


Secara keseluruhan pemain Malaysia bermain secara baik, berdisiplin dan tersusun di segenap posisi. Jika kedudukan ini kekal maka Malaysia bakal menjadi Juara Kumpulan A.


Inilah dia gol pertama yang dijaringkan oleh Shahrul Azwari :- 








Separuh masa kedua berlangsung dengan sengit sekali apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan bertali arus. Namun agak malang bagi Malaysia apabila Jurulatih Harimau Muda diarahkan meningalkan bangku simpanan oleh pengadil.


Walaupun diasak bertalu-talu Malaysia berjaya bertahan dengan baik dengan mengekang serangan Garuda Muda dalam 45 minit terakhir permainan.


Malaysia juga mendapat banyak peluang menjaringkan gol menerusi Izzaq Farris Ramlan namun pemain ini GAGAL memanfaatkan peluang yang terhidang.




Secara keseluruhan pemainan malam ini adalah yang TERBAIK yang pernah disajikan skuad bawah 23 tahun setakat ini. Semoga persembahan ini dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya.


Dengan kemenangan ini Malaysia muncul Juara kumpulan A dan akan menentang Myanmar di separuh akhir pada 19 November 2011 ini manakala Indonesia bakal menentang Vietnam di separuh akhir. 



PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Indonesia live Sukan SEA 17 November 2011 jam 8 malam dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia.


Keputusan Malaysia VS Indonesia amat penting memandangkan kedua-dua pasukan mahu kemenangan sekaligus muncul sebagai juara kumpulan bagi mengelakkan bertemu di Vietnam di separuh akhir.


Untuk rekod, Indonesia sudahpun layak ke separuh akhir manakala Malaysia sudah separuh kaki ke separuh akhir. Malaysia hanya perlukan seri untuk layak sambil mengharapkan Singapura GAGAL menang ke atas Thailand dengan jaringan 5 gol.


Skuad Garuda Muda di jangka menurunkan skuad kedua bagi memberi peluang kepada kesebelasan utama berehat bagi membuat persiapan menjelang separuh akhir.


Di kem Harimau Muda pula, Ong Kim Swee bakal menurunkan pemain berpengalaman yang pernah beraksi di final Piala Suzuki 2010 menentang Indonesia bagi mengimbangi permainan dan menyerap tekanan.




Apa yang penting buat skuad Harimau Muda ialah tidak menghiraukan provokasi pemain dan penonton Indonesia dan elakkan dari menerima kad merah dalam perlawanan ini.  


Tugas utama Harimau Muda ialah fokus dalam perlawanan ini dengan menampilkan persembahan terbaik sambil mengurangkan kesilapan terutamanya di hadapan pintu gol.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung (live) perlawanan Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 17 November 2011 di TV2, TV3 dan Astro Arena saluran 801 jam 8 malam ini


Bagi yang nak menonton secara live streaming, boleh tonton di link yang disediakan di bawah ini :-



Bagi yang tak dapat menonton tak perlu bimbang kerana keputusan @ result Malaysia VS Indonesia live Sukan SEA 17 November 2011 ini akan di kemaskini di Blog Aku Dan Sesuatu sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~



KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FESTIVAL FILEM MALAYSIA 24 2011


Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011 telah pun berlangsung baru-baru ini (16 November 2011) yang di adakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. 


Pada malam ini, keputusan pemenang 10 kategori Malam Anugerah Gemilang Cipta telah disampaikan kepada pemenang. Ada 22 kategori pencalonan akan diumumkan pada Malam Anugerah Gemilang Perdana pada 20 November 2011 di PICC Putrajaya.


Pengacara Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia (FFM 24) ialah Halim Othman dan Linda Onn. 


Jom kita terjah keputusan pemenang Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 2011 :- 

  • Poster Terbaik: Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha - Sekali Lagi (Metrowealth Pictures)
  • Pelakon Harapan Wanita: Nadiya Nisaa - Cun (Tayangan Unggul)
  • Pelakon Harapan Lelaki: Taiyuddin Bakar - Hantu Bonceng (Excellent Pictures)
  • Lagu Tema Asal Terbaik: Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih (KRU Studios)
  • Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli - Libas (MDAG Marketing)
  • Filem Pendek Terbaik: The Other One (Ng Ken Kin) 
  • Filem Animasi Terbaik: Altitude Alto (Mushroomhead - Multimedia Uni)
  • Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: Great Day (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

Tahniah kepada semua pemenang. Untuk melihat senarai pencalonan untuk FFM 24 ini boleh klik di sini senarai penuh calon pemenang Festival Filem Malaysia ke 24 2011.


Untuk mengetahui keputusan pemenang Festival Filem Malaysia (FFM 24) 2011, jangan lupa saksikan Festival Filem Malaysia ke 24 pada 20 November 2011 ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya bermula jam 9 malam.


Malam Anugerah ini akan bersiaran langsungn (live) di Astro Prima saluran 105. Bagi yang nak menonton secara online, kalau ada live streaming nanti Admin akan update kan kemudian...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2011


Semakan keputusan UPSR 2011 boleh disemak secara online dan SMS bermula 17 November 2011 bersamaan tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR 2011.   


Ini memudahkan ibubapa melakukan semakan keputusan UPSR anak mereka dari rumah atau dari pejabat tanpa perlu hadir ke sekolah.


Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2011 secara online sila klik di link ini http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


Perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS bermula jam 10 pagi 17 November 2011. Untuk membuat semakan keputusan UPSR melalui SMS, sila ikuti langkah-langkah seperti tertera di bawah ini :-




Majlis pengumuman analisis keputusan Ujian Keputusan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan pada hari khamis 17 November 2011 pada jam 9 pagi di Bilik Mensyuarat Utama Aras 6 Blok E8 Kompleks  Kerajaan Parcel E Putrajaya.


Calon-calon UPSR 2011 boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi 17 November 2011.


Tahniah kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, tak perlu berputus asa. Masih ada peluang melanjutkan pengajian di peringkat sekolah menengah...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~



KEPUTUSAN PERLAWANAN PLAYOFF EURO 2012 (16 NOVEMBER 2011)


Inilah dia keputusan playoff EURO 2012 yang berlangsung pada 16 November 2012 :- 



Montenegro 0-1 Republik Czech (Agg 0-3) Republik Czezh layak ke EURO 2012
  • Czech : P. Jiracek

Croatia 0-0 Turki (Agg 3-0) Croatia layak ke EURO 2012


Republik Ireland 1-1 Estonia (Agg 5-1) Republik Ireland layak ke EURO 2012
  • Ireland : S. Ward
  • Estonia : K. Vassiljev 

Portugal 6-2 Bosnia (Agg 6-2) Portugal layak ke EURO 2012
  • Portugal : Cristiano Ronaldo (2 Gol), Nani, H. Postiga (2 Gol), M. Veloso
  • Bosnia : Z. Misimovic (pen.), H. Medunjanin

Dengan keputusan yang dicatatkan dalam playoff EURO 2012 maka Portugal, Croatia, Republik Czech dan Republik Ireland menjadi 4 pasukan terakhir yang layak ke EURO 2012 yang berlangsung di Ukraine dan Poland. 


Inilah dia senarai penuh 16 pasukan / negara yang layak ke EURO 2012 :-

  • Sepanyol
  • Jerman 
  • Russia 
  • Itali
  • Holland
  • Greece
  • England
  • Denmark
  • Perancis
  • Sweden 
  • Poland  (Layak automatik sebagai tuan rumah)
  • Ukraine (Layak automatik sebagai tuan rumah)
  • Croatia 
  • Portugal
  • Republik Czech 
  • Republik Ireland

Undian kumpulan membabitkan 16 pasukan tersebut akan berlangsung di Kiev pada 2 Disember 2011 dan pusingan akhir EURO 2012 itu akan bermula 8 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012.


Untuk rekod EURO 2012 merupakan edisi terakhir yang menampilkan 16 pasukan terbaik di pusingan akhir kerana formatnya akan diubah kepada 24 pasukan terbaik bermula pada Euro 2016 di Perancis. 


Kalau edisi EURO 2008, Sepanyol yang muncul sebagai Juara namun untuk edisi 2012 kali ini pasukan manakah yang bakal menjulang trofi kebanggaan Eropah ini ? Pasukan manakah pilihan anda ?



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget