Harimau Biru telah diperkenalkan sebagai maskot baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2012. Maskot Harumau Biru PDRM ini diperkenalkan pada sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Pemililihan maskot Harimau Biru ini melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.
Inilah dia matlamat maskot Harimau Biru PDRM :-
- Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.
- Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.
- Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.
- Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.
Diharapkan dengan pelancaran maskot baru ini, pihak PDRM lebih bertanggungjawab dalam menjaga keamanan negara ini disamping sentiasa mempraktikkan 'Standard Operating Procedure (SOP)' dalam menjalankan tugas. Jangan sampai menyalahgunakan kuasa yang diberikan kerana ia akan menjejaskan kredibiliti pasukan beruniform ini di mata rakyat...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~