Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


KEPUTUSAN PENUH :  MALAYSIA 0-1 OMAN 



LATEST UPDATE


Keputusan Malaysia VS Oman perlawanan persahabatan 15 September 2011 menyaksikan Malaysia tewas 0-1 kepada Oman dalam 90 minit permainan.


Gol Oman dijaringkan pada minit ke 42. Gol itu kekal sehingga wisel penamat permainan ditiupkan pengadil. Walaupun Malaysia banyak mencipta gerakan yang menarik untuk menjaringkan gol namun keputusan kekal ke minit terakhir perlawanan.


Secara keseluruhan skuad Olimpik Malaysia mempamerkan aksi permainan yang bertenaga tetapi barisan penyerang Harimau Muda gagal memanfaatkan peluang di depan pintu gol.


Kekalahan ini pastinya meresahkan jurulatih, Ong Kim Swee kerana tewas di halaman sendiri sedangkan beliau mengharapkan Malaysia mampu mencuri mata apabila bermain di tempat sendiri menentang jepun, Syria dan Bahrain nanti dalam peringkat kumpulan kelayakan Olimpik nanti.


Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari Ong Kim Swee  mengenai keputusan malaysia VS Oman ini nanti. 


Diharapkan skuad Olimpik dapat memperbaiki lagi tahap permainan sebelum bertemu Jepun 21 September ini. Gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin...



PREVIOUS ENTRY 



Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Malaysia VS Oman live perlawanan persahanatan (friendly) 15 September 2011 ini yang berlangsung jam 5 petang di Stadium UiTM Shah Alam. 


Perlawanan persahabatan ini adalah peluang terakhir buat pemain skuad Olimpik Malaysia @ Harimau Muda untuk membuktikan keupayaan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama menentang Jepun dalam kelayakan Olimpik 21 September 2011 ini.


Apa yang pasti perlawanan ini di sertai 3 tonggak Harimau Muda yang dipinjamkan ke FC Vion, Irfan Fazail, Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal. 


Sementara itu, Nazirul Naim Che Hashim dan Mohd. Ferris Danial Mat. Nasir mungkin boleh melupakan hasrat ke Jepun, kerana cedera dan Gary Steven Robbat digantung satu perlawanan.


Apa-apa pun admin masih menunggu keputusan penuh perlawanan Malaysia VS Oman ini dari Stadium Shah Alam. Laporan penuh perlawanan akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. 




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget