3 Pulau Di Sabah Untuk Dijual ?
Memang agak mengejutkan apabila kerajaan negeri Sabah membiarkan 3 pulau iaitu Pulau Mengalum, Pandanan dan Montukod di Sabah dijual di pasaran antarabangsa.
Ini berdasarkan kenyataan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal yang mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau milik persendirian di Sabah itu adalah untuk di jual, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com
Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.
Setakat ini masih tiada urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan. Untuk rekod, sebarang aktiviti penjualan pulau oleh pemilik pulau perlu terlebih dahulu melalui Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk pengesahan status hartanah itu.
Bila timbul isu penjualan pulau di Sabah ini akan membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana pulau-pulau ini begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.
Memang pelik apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan dalam kes ini dengan mudahnya 3 pulau ini dijual kepada pihak asing.
Jika pemilik swasta pulau-pulau di Sabah ini dijual, kemungkinan besar ia akan melibatkan pengusiran penduduk tempatan dari hak tanah adat di kawasan pedalaman.
Diharapkan supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan 3 pulau ini memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~