Baru-baru ini kecoh di Dewan Rakyat Malaysia di mana pendedahan melibatkan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera Malaysia. Betul ke perkara ini berlaku?
Menurut laporan Bernama, daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion dalam pegangan bumiputera.
Kalau betul ketirisan berlaku bukan sahaja kakitangan awam dan pelabur yang dapat tempiasnya, malah seluruh rakyat Malaysia dapat tempiasnya juga.
Pendedahan ini pastinya membuka mata bagaimana ketirisan ini berlaku seperti dakwaan Ahli Parlimen dari Bagan. Menurut Ahli Parlimen itu, Jika saham masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.
Harap-harap siasatan akan di lakukan segera agar tiada pihak yang menangguk di air keruh.
Adios~~~