Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Rumah Bawah Tanah Pemain MU, Gary Neville


Gary Neville, salah seorang pemain bolasepak untuk kelab terkemuka Manchester United akan berbelanja sekitar 8 juta Euro untuk membina rumah bawah tanah impiannya di atas sebuah bukit di kota Boston, England.


Rekabentuk rumah bawah tanah ini direka oleh Make Architects. Walaubagaimanapun  pembinaan rumah ini masih belum dapat dijalankan kerana masih menunggu kebenaran dari pemerintah tempatan.


Rumah yang akan dibina di lereng bukit rumah ini menyerupai kelopak-kelopak bunga yang berfungsi sebagai bilik-bilik yang yang direka bentuk untuk hiburan, kerja, bermain dan beristirehat. Di tengah kelopak bunga ini pula terletaknya dapur rumah ini.



Jika rancangan ini diluluskan oleh Majlis Tempatan Boston, rumah ini akan menggunakan teknologi hijau sepenuhnya yang meliputi sumber tenaga dari suria, turbin angin dan pam pemanasan dari sumber bawah tanah. Tenaga yang diperbaharui hasil daripada turbin angin itu juga akan di kongsi bersama penduduk sekitar bukit itu.

Macam ini lah gelagat orang kaya. Bila dah duit banyak sangat mulalah berimiginasi yang pelik-pelik. Maklumlah ada duit semua boleh jadi.. Apa-apa pun bila dah kaya jangan lupa jalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat...

Adios~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget