Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tangga Yang Menjimatkan Masa


Mungkin ini adalah jawapan kepada mereka yang mengejar masa tanpa perlu anda menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Hanya perlu meluncur sahaja anda dapat sampai ke bawah dengan cepat.




Hmm memang kreatif kan. Tangga ini juga dapat berfungsi sebagai tempat permainan anak anda. Sekarang ni kan banyak kes culik kanak-kanak, adalah lebih baik biarkan anak anda bermain gelunsur ini di depan mata daripada anak anda menanggung risiko bermain di luar rumah.

Apa-apa pun tahap keselamatan perlulah di titikberatkan supaya tiada kejadian buruk berlaku..

Adios~~~


Tahukah anda apa itu bank perdagangan? Mungkin anda sudah biasa dengan istilah bank komersil di mana anda membuka akaun simpanan anda dan antaranya Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, BSN, RHB Bank dan sebagainya.

Bank perdagangan sebenarnya berbeza dengan bank komersil dari segi skop produk dan operasinya. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah seperti Bank Pembangunan, SME Bank, Aseambankers Malaysia Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Affin Investment Bank Bhd dan lain-lain.


Perbezaan yang paling ketara adalah segmen pasaran dan aktivinya. Bank Perdagangan lebih kepada kepada pasaran konglomerat dengan menawarkan perkhidmatan menerbitkan sekuriti untuk menghasilkan dana, memberi perkhidmatan nasihat dan sokongan kepada syarikat yang memerlukan atau menjalani proses penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan semula dan lain-lain.


Bank komersil pula lebih kepada menawarkan produk kepada pasaran syarikat industri kecil & sederhana dan perseorangan. Bank komersil menerima deposit dari pelanggan iaitu dengan membuka akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun semasa dan lain-lain.
 
Selain daripada menerima deposit, bank komersil juga menawarkan  pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, bancassurance, kad kredit dan dan macam-macam lagi.

Apa yang pasti, bank perdagangan adalah tidak sama dengan bank komersil. Cara paling senang untuk mengetahui sama bank itu bank perdagangan atau bank komersil, lihatlah di dalam bank, kalau tiada mesin ATM, itulah bank perdagangan.

Adios~~~ 

Kempen Tak Tonton TV Oleh FOMCA


Tahukah anda bahawa Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara pada 21 hingga 27 April ini. 

Golongan yang menjadi sasaran adalah golongan remaja yang banyak menghabiskan masa menonton TV. Kajian yang di jalankan mendapati remaja menghabiskan masa 3 - 5 jam sehari menonton TV sekaligus membawa kepada gaya hidup tidak sihat.

Daripada kajian yang di jalankan, kebanyakan remaja menghabiskan masa dengan:- 

87% remaja melayari internet


73% remaja menonton TV


42% remaja bermain permainan video


36% remaja menulis blog

Secara amnya, kempen ini bukan sahaja terhad kepada remaja yang menonton TV tetapi juga kepada remaja yang menggunakan peralatan berskrin.

Kesan negatif daripada permasalahan ini membawa kepada peningkatan masalah kegemukan, berat berlebihan serta diabetes yang membahayakan kesihatan jika tiada perancangan melakukan aktiviti lain bagi menggantikan penggunaan peralatan berskrin ini.

Sebenarnya kempen ini nak menggalakkan remaja menjalani gaya hidup sihat. Baguslah kalau ada pihak yang hendak menyedarkan kita. Bagi aku tak menonton TV selama seminggu tak ada masalah tetapi kalau tak berblogging selama seminggu itu MASALAH. Apa pendapat anda?

adios~~~ 


Buat peminat pasukan Chelsea, di sini aku dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Chelsea telah pun melancarkan jersi baru mereka untuk musim 2010/2011. Masih mengekalkan Adidas dan Samsung sebagai penaja rasmi mereka, jersi ini kelihatan lebih garang dan mengancam dari jersi sebelum ini.

Menurut Adidas, ini adalah jersi terbaik yang pernah dilahirkan mereka. Apa yang bezanya kali ini, kolar jersi ini berwarna merah untuk menghargai pesara pada awal 1900an yang gemar memakai selendang berwarna merah ketika menyaksikan perlawanan Chelsea suatu ketika dahulu.

Jom kita terjah aksi-aksi pemain Chelsea mengayakan jersi baru mereka:- 


Didier Drogba 



John Terry


Joe Cole


Florent Malouda


Frank Lampard


Menurut sumber, Chelsea akan merasmikan pengunaan jersi ini dalam perlawanan terakhir liga pada 9 Mei 2010 menentang Wigan Athletic. Semoga jersi ini menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus memberi cabaran dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai.

Kepada peminat Chelsea yang berminat untik menempah jersi baru ini bolehlah klik pada link ini http://www.chelseamegastoreasia.com/ 

Adios~~~~


Gary Neville, salah seorang pemain bolasepak untuk kelab terkemuka Manchester United akan berbelanja sekitar 8 juta Euro untuk membina rumah bawah tanah impiannya di atas sebuah bukit di kota Boston, England.


Rekabentuk rumah bawah tanah ini direka oleh Make Architects. Walaubagaimanapun  pembinaan rumah ini masih belum dapat dijalankan kerana masih menunggu kebenaran dari pemerintah tempatan.


Rumah yang akan dibina di lereng bukit rumah ini menyerupai kelopak-kelopak bunga yang berfungsi sebagai bilik-bilik yang yang direka bentuk untuk hiburan, kerja, bermain dan beristirehat. Di tengah kelopak bunga ini pula terletaknya dapur rumah ini.



Jika rancangan ini diluluskan oleh Majlis Tempatan Boston, rumah ini akan menggunakan teknologi hijau sepenuhnya yang meliputi sumber tenaga dari suria, turbin angin dan pam pemanasan dari sumber bawah tanah. Tenaga yang diperbaharui hasil daripada turbin angin itu juga akan di kongsi bersama penduduk sekitar bukit itu.

Macam ini lah gelagat orang kaya. Bila dah duit banyak sangat mulalah berimiginasi yang pelik-pelik. Maklumlah ada duit semua boleh jadi.. Apa-apa pun bila dah kaya jangan lupa jalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat...

Adios~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget