Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH :-


Kelantan 0-1 Pahang
  • Pahang : Martias Conti (58')


Keputusan Kelantan VS Pahang live Final Piala Malaysia 3 November 2013 menyaksikan Pahang menang sekaligus memenangi Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.


Pada separuh masa pertama, Pahang dilihat banyak mengasak ke kubu Kelantan namun beberapa percubaan tidak menemui sasaran. Kelantan pula dilihat tercari-cari rentak permainan dan sukar mengatasi rentak laju Pahang. Kedudukan separuh masa pertama tamat Kelantan 0-0 Pahang.


Pada separuh masa kedua Pahang terus mengasak ke kubu Kelantan dan akhirnya Pahang berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tandukan Martias Conti minit ke 58 menerusi hantaran Azamuddin Akil.


Kelantan yang tersentak dengan jaringan itu lantas mengasak kubu Pahang namun gagal mencari gol penyamaan. Kedudukan tamat dengan kedudukan kelantan 0-1 Pahang


Boleh di katakan punca kekalahan Kelantan ialah bahagian tengah Kelantan tidak berfungsi sepenuhnya. Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan Pahang yang muncul juara Piala Malaysia !


Senarai Pemain

Kelantan: Azizi Mat Rose, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Farisham Ismail, Zairo Anuar Zalani, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nor Farhan Mohamamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Khairul Fahmin Che Mat, Dickson Nwakaeme, Indra Putra Mahayuddin, Zairul Fitree Ishak


Pahang: Khairul Azhan Khalid, Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart, Mohd Amirulhadi Zainal, R.Surendren, Matias Ruben Conti, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hafiz Kamal, R.Gopinathan



Previous Entry


Keputusan Kelantan VS Pahang live Final Piala Malaysia 3 November 2013 akan diketahui malam ini. Keputusan Kelantan VS Pahang perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam ini akan menentukan pasukan manakah yang layak digelar gergasi Pantai Timur.


Berdasarkan pencapaian lalu, kedua-dua pasukan itu berkongsi dua kejuaraan dengan Kelantan berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 2010 dan 2012. Pahang pula berjaya menjulang dua kali trofi keramat itu pada tahun 1983 dan 1992.


Justeru, kedua-dua pasukan ini dijangka bakal berjuang habis-habisan dalam usaha menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga sebelum Liga Malaysia (Liga M) melabuhkan tirai pada malam ini.


Di atas kertas, prestasi semasa skuad kendalian Dollah Salleh itu mampu mengimbangi rentak Kelantan biar pun skuad Kijang dilabelkan sebagai pasukan pilihan berdasarkan persembahan konsisten sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.


Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Kelantan VS Pahang yang akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.40 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) Kelantan VS Pahang Live Final Piala Malaysia 3 November 2013 akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget