Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



KEPUTUSAN PENUH :-


ATM 1-2 Kelantan

  • ATM : Christie Jayaseelan (19')
  • Kelantan : Badri Radzi (15'), Nor Farhan Mohammad (79')


Keputusan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia menyaksikanATM kalah 1-2 ke atas Kelantan yang berlangsung di Stadium Selayang. 


ATM menguasai permainan pada 12 minit pertama, dengan melakukan serangan seawal permainan apabila menyaksi lorongan Bruno Martelotto tepat ke kaki Fitrie Omar, namun cubaan itu tersasar.


Bagaimanapun, Kelantan yang turun beraksi sebagai juara bertahan, bangkit menyaingi corak permainan ATM dengan mengatur strategi lebih baik dan pada itu kapten pasukan, Badri Radzi berjaya menyudahkan bola muntah hasil cubaan Zairul Fitree pada minit ke-15.


Hanya 4 minit mendahului kedudukan, Christie Jayaselan menyamakan jaringan hasil daripada gerakan solo sebelum melepaskan rembatan sempurna ke arah pintu gol, Khairul Fahmi Che Mat.




Peluang terakhir ATM beraksi di tempat sendiri ini gagal digunakan sebaiknya apabila Norfarhan Muhammad berjaya meletak pasukan Kelantan di depan pada minit ke-79 selepas tiga cubaannya sebelum ini tidak tepat ke gawang Farizal Harun.


Keputusan 2-1 itu kekal ke wisel akhir permainan sekaligus menyaksikan tugas sukar buat skuad kendalian B.Sathianathan menjelang kunjungan mereka ke Kelantan pada 25 Oktober ini bagi perlawanan timbal balik.


Pun begitu, pasukan Bojan Hodak ini pastinya akan lebih berwaspada dengan percaturan terbaru ATM dan ini juga peluang terakhir skuad Kelantan untuk menempah tiket ke final buat kali kedua berturut-turut.


Nampaknya Kelantan berkelebihan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Namun masih ada 90 minit di Kota Bahru. Apa-apa pun boleh berlaku...



Previous Entry 


Keputusan ATM VS Kelantan live Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 (18 Oktober 2013) akan diketahui malam ini. Perlawanan ATM VS Kelantan Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2013 ini akan berlangsung di Stadium Selayang jam 8.45 malam.


ATM dibarisi beberapa pemain 'kuda tua' namun kaya dengan pengalaman dan mara ke separuh akhir dengan menundukkan Juara Liga Super, Lions XII.  


Sementara itu Kelantan mempunyai sebuah skuad yang seimbang daripada segenap aspek, menjadikan perlawanan yang bakal bermula 8.45 malam ini pasti mendebarkan untuk ditonton.


Di atas kertas, Kelantan nampaknya dilabel sebagai pasukan pilihan selepas menjinakkan Johor Darul Takzim (Johor DT), 6-1 pada suku akhir kedua tetapi pengendali Kelantan, Bojan Hodak tidak rela anak-anak buahnya lena dibuai mimpi memandangkan ATM bukanlah calang-calang pasukan.


Siaran langsung (live) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama akan disiarkan di TV1 dan Astro Arena saluran 801 jam 8.45 malam. Jika ada live streaming saya akan kongsikan di sini nanti.


Keputusan (result) ATM VS Kelantan Separuh Akhir Pertama 2013 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Tunggu...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget