Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Perdana Menteri telahpun melancarkan Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) dengan terbitan sukuk runcit DanaInfra iaitu dana sulung DanaInfra Nasional Bhd. Sukuk DanaInfra ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Jaunari 2012.


Mungkin ada di antara kita yang tak tahu apa itu Bon Dagangan dan Sukuk (ETBS) kan. Sebenarnya ETBS ialah sekuriti pendapatan tetap, juga dikenali sebagai bon atau sukuk yang disenarai dan diniagakan di pasaran saham. ETBS diterbitkan sama ada oleh syarikat atau kerajaan (penerbit) untuk mengumpul dana bagi keperluan mereka. ETBS mempunyai pelbagai struktur seperti kadar tetap, kadar terapung dan hibrid


Dana dari terbitan sulung ETBS DanaInfra akan digunakan bagi membiayai projek MRT Kajang - Sg.Buloh di mana RM300 juta diperuntukkan oleh DanaInfra Nasional untuk pelabur runcit melalui ETSB dibuka kepada orang ramai. 


Sedikit sebanyak tentang sukuk runcit DanaInfra :

  • Kadar pelaburan minimum adalah sebanyak RM1,000. 
  • Kadar keuntungan minimum adalah 3.7% setahun. 
  • Berlandaskan prinsip syariah dan dijamin kerajaan.
  • Tempoh sukuk adalah 10 tahun.
  • Pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan utama negara
  • Pulangan akan ditetapkan terlebih dahulu dalam bentuk kupon dan akan dibayar secara berkala. 

Menurut sumber, bank yang menawarkan sukuk runcit DanaInfra ini ialah Maybank, CIMB Bank, Ambank dan RHB Bank. Kepada mana-mana pihak yang berminat nak melabur dalam dana ini bolehlah dapatkan informasi dari bank-bank tersebut atau klik pada pautan ini Risalah Sukuk Runcit DanaInfra.


Setuju dengan Sharinginfoz di mana dividen Amanah Hartanah Bumiputera (6.5%), Tabung Haji (6% lebih) dan Amanah Saham Bumiputera (8.9%) adalah lebih tinggi dari dana ini namun kadar keuntungan 3.7% adalah kadar minima. Kadar keuntungan sebenar akan dimaklumkan pada atau sebelum penyeneraian sukuk ini. 


Semoga dengan adanya sukuk ini, dapatlah memberi pilihan dan meyakinkan orang ramai khususnya pelabur beragama Islam untuk memilih melabur dalam instrumen yang berlandaskan Syariah ini...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget