KEPUTUSAN PENUH : LEE CHONG WEI MENANG 21-13, 21-9 VS CHEN JIN
SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA LONDON 2011
LATEST UPDATE
Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Chen Jin di separuh akhir dengan bergaya lalu layak ke perlawanan akhir (final) Kejohanan Badminton Dunia di London.
Chong Wei menang mudah di set pertama 21-9. Tak banyak yang mampu dilakukan Chen Jin selaku Juara bertahan untuk mengekang Chong Wei.
Di set kedua Chen Jin lebih banyak mengasak Chong Wei apabila mendahului 1-5 namun Chong Wei tidak membenarkan dirinya jauh ketinggalan apabila mengejar sehingga 8-7.
Chong Wei terus meninggalkan Chen Jin sehingga menang 21-13 sekaligus layak ke perlawanan akhir. Menanti Lee Chong Wei di final kemungkinan besar adalah Lin Dan.
PREVIOUS ENTRY
Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Lee Chong Wei VS Chen Jin live separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia (World Badminton Championships) di London 2011.
Pada peringkat suku akhir, Lee Chong Wei menewaskan 'The Giant Killer', Kevin Cordon dari Guatemala dengan 21-7, 21-13.
1 Lagi perlawanan akan menyaksikan Lin Dan (China) VS Peter Gade (Denmark). Jika Chong Wei dan Lin Dan menang maka harapan untuk menyaksikan seteru utama badminton bertarung di pentas akhir bakal menjadi kenyataan.
Untuk rekod, ini kali pertama Chong Wei melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas 6 tahun GAGAL di peringkat suku akhir.
Jangan lupa saksikan perlawanan antara Lee Chong Wei VS Chen Jin siaran langsung (live) separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia di London 2011 di TV2 dan Astro Arena saluran 801 jam 6 petang 13 Ogos 2011 ini.
Keputusan @ result perlawanan Lee Chong Wei VS Chen Jin ini akan dikemaskini di blog Aku Dan Sesuatu ini sejurus perlawanan tamat...
P/S :- Sementara menantikan perlawanan ini berlangsung apa kata jom kita bancuh air Nescafe untuk berbuka puasa..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
No comments:
Post a Comment