Proton Saga FLX 1.3L 2011 telah pun dilancarkan oleh Proton baru-baru ini. Model ini tampil dengan teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission) yang menjadikan pemanduan lebih lancar dan memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.
Proton Saga FLX 1.3L 2011 ini di datangkan dalam 2 varian iaitu Standard dan Executive. Model ini dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum.
Kalau di bandingkan dengan Proton Saga FL, kuasa kuda enjin Proton Saga FLX 1.3L ini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm.
Tahap penggunaan petrol Saga FLX adalah lebih jimat iaitu setiap 100 km mencatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.
Tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10% untuk pemanduan di lebuh raya.
Untuk Proton Saga FLX 1.3L Executive, ia menampilkan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan.
Tapi untuk Proton Saga FLX 1.3L Standard, ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut tidak di sertakan. Nama pun 'standard' kan.
Model ini didatangkan dengan warna baru Elegant Brown, Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock.
Seperti mana yang diketahui ramai, produk Proton selalu mengalami masalah pada electric power window. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat untuk model ini, tempoh jaminan untuk electric power window kini dilanjutkan seumur hidup.
Harga untuk model masih lagi rendah dan kompetetif walaupun di datangkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga sekitar RM600 dan RM1700.
Inilah senarai harga Proton Saga FLX 1.3L 2011 ini :-
Sebelum ini Proton dah pun melancarkan Proton Saga FL 1.6. Tapi kali ini dengan dengan tambahan kepada teknologi CVT, model Saga FLX ini di keluarkan untuk 1.3 sahaja. Apa rasionalnya ?
Mungkin jika Saga FLX ini ditawarkan untuk 1.6 harganya boleh mencecah lebih RM 50 000. Maka harga model dah boleh dikategorikan sebagai mahal dalam kelasnya. Ini boleh menyebabkan pembeli memilih model kereta lain yang lebih murah seperti Perodua Myvi dan Perodua Viva...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
cantiknya la kereta ni. berkenan sungguh..wuu
ReplyDeletewow..lawalah design dia..mmg cun...
ReplyDeletekejap lagi saga apa le pula
ReplyDeletePkai saga memg best tpi tulh bnyak msalh tecknision
ReplyDeletesaya beli saga flx 2013. handling best...ruang lagi luas dari proton iswara...kelemahan..mula2 beli dlm seminggu kena antar kat sc reset ECU...2 je...yg lain2 ok dan best...
ReplyDelete