Saturday, July 30

Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung Dan Tekanan Darah Rendah !




BREAKING NEWS


Menurut aporan BERNAMA, Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz telah pun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah diserang sakit jantung tekanan darah rendah Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Bapanya masih menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat...



PREVIOUS ENTRY


Masih ingat lagi dengan Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz? Beliau ini adalah lelaki yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila GAGAL mendapat kebenaran mahkamah menukar jantinanya kepada wanita.


Sekali lagi kontroversi melanda Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz apabila telah dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah diserang sakit jantung dan tekanan darah rendah pada 3 pagi jumaat 29 Julai 2011.


Kemungkinan besar punca Aleesha Farhana @ Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz diserang sakit jantung tekanan darah rendah adalah tekanan perasaan akibat GAGAL menukar nama di IC nya dan menjadi bahan cemuhan masyarakat. 


Kasihan juga melihat nasib yang menimpa beliau ini. Tak sangka pula sampai boleh masuk ICU akibat tekanan perasaan. Memang sebelum ini pun beliau pernah mengatakan MATI adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik ini dari terus dikecam masyarakat. 
  



Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana.


Jalan yang terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina. 


Memanglah menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya di kategorikan sebagai haram namun tidak mustahil Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana boleh bertaubat jika mendapat bimbingan yang betul..


Pintu taubat belum lagi tertutup. Sama-samalah kita berdoa agar Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana ini di buka pintu hatinya untuk bertaubat dan menerima ketetapan hakikat kejadian Allah itu tidak boleh diubah.


Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

23 comments:

  1. Amin..Moga dengan keberkatan bulan Ramadhan yg bakal tiba ini akan membuka pntu hatinya

    ReplyDelete
  2. SOKONG STATEMENT nie..apa yg berlaku bkn kehendak dia...kalau menyisihkan diri dia bermakna kite seolah2 membunuh dia...bimbinglah sebaik mungkin...masa depan manusia tertulis sejak azali lg..nasib kite nie pun xth lg...

    ReplyDelete
  3. dari Allah swt kita dtg dan kepada Dia jualah kita kembali.
    harap die sempat bertaubat sebelum menghembuskan nafas terakhir.
    satu soalan~ mmg telah di diagnose oleh doktor ke dia meninggal sb tekanan darah rendah due to stress?

    ReplyDelete
  4. kesian..xtau dia sempat bertaubat atau tak sebab dah meninggal dunia...semoga diampunkan dosanya oleh Maha Pencipta

    ReplyDelete
  5. Kembali lah kepada ajaran al-Quran... itu yang sebaik-baiknya...

    ReplyDelete
  6. "Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana"

    Sebenarnya secara peribadi diri sendiri perlu dinasihati dan dididik SEBELUM tindakan menukar jantina. Bagaimana? Sejak dari rebung perlu maklum akan hukum Islam bahawa adalah HARAM mengubah ciptaan Allah. Sebelum menyalahkan masyarakat umum..salahkan individu yang mengambil tindakan sebegini...kenapa ungkitkan "bukan kehendak dia"kehendak siapa lagi? Jangan salahkan Pencipta...hukum Allah adalah jelas...maaf cakap sekiranya tidak mahu dicela dan disisih jangan sampai ke mahkamah, jangan sampai masyarakat tahu...jangan buat tindakan bodoh...fikir panjang...kita bukan di Holywood..tindakan mahkamah tidak perlu dipertikai...kalau mahkamah luluskan permohonan...lepas ni lelaki nak kahwin lelaki...kepada Allahyarham moga Allah ampunkan dosanya.

    ReplyDelete
  7. berjujuran air mata x tertahan membaca berita nie...smg arwah ditempatkan dikalangan yg dirahmati hendaknya...

    ReplyDelete
  8. Pakai tudung, tutup aurat. Dah lawa tapi nasab dia lelaki dan takkan berubah. semoga Allah terima taubatnya. innalillah

    ReplyDelete
  9. apa yang berlaku bukan kehendak dia? ohh puhlezz dia boleh pilih jalan yang baik. tp bila dah sedar, dah terlambat. parent dia dah larang. sama-samalah kita menginsafinya. Orang yang ada masalah identiti ni, dorang ada masalah, tapi taknak belajar selesaikan. Betulke tindakan aku ni? Sepatutnye kawan-kawan, orang sekeliling dia bertanggungjawab nasihat dia dari awal lagi. Dan kena ambil tindakan yang tegas! Bukan nasihat sekali dua saja, lepas tu, terus diam. Kita sebagai orang Islam, Allah dah pilih kita untuk berjihad berjuang demi agama Allah ni. Kita patutnya bersungguh-sungguh mencegah tau.

    Aku share tulisan ni pun salah satu dari ape yang aku dapat buat. Kalo aku tengok nyah2 depan mata, aku sedih sangat, sebab tak dapat nak buat apa2. Aku takut nak tegur mereka. Pelik tak? Kalo aku baru je nampak dia (nyah) 5 saat, pastu aku nak g tegur dia. Aku xtau macam mana nak buat. Uish.. teruknye sikap aku. Korang dok rase macam tu ke? Kite kene sayang saudara kita weh. Dia orang Islam gak. Nati kat akhirat, dia akan tanya kita, kenapa kita tak tegur dia buat pe'el lagu tu. Apa jawapan kita??

    ReplyDelete
  10. sebenarnya kau orang ni semua kelabu asap...cuba renubgkan dalam dalam apa yang berlaku ni...ada hikmahnya.....allah maha agung....dan sebenarnya allah tunjuk kekuasaannya...bagi orang2 yang nak berfikir....
    dan aku hairan kenapa kau orang simpati pada orang yang melakukan maksiat dan cuba mengubah hukum allah....bila orang kena potong tangan kerana mencuri..kau orang simpati.....simpati kau orang tu tak bertempat sebenarnya....
    Dimana kedudukannya disisi allah bukan urusan kita kerana allah yang lebih tahu.....kerana banyak sangat masyarakat hari ini yang simpati pada maksiat maka ingatlah...janji allah itu benar....tunggulah bala allah pasti akan datang.....insyallah...

    ReplyDelete
  11. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

    Naluri keperempuanan dalam lelaki juga adalah satu ujian dari Allah. Jadi janganlah menyalahkan sesiapa. Salahkanlah diri sendiri jika gagal menghadapi ujian tersebut dan bertaubat! Bukannya menongkat langit dan cuba lawan hukum Allah!

    Semoga menjadi peringatan kepada kaum-kaum nyah yang lain.

    Selamat menyambut ramadhan.

    ReplyDelete
  12. apa yang berlaku jadikan pengajaran...ada perkara yang tak boleh dinilai dgn logik akal manusia...contoh terdekat yg ada seperti hukum hudud...pd fikiran logik akal manusia hukum hudud itu kejam bukan? tp kita renungkan sejenak...hukum itu adalah hukum yg Allah ciptakan...mana mungkin Allah mahu menzalimi makhluknya...apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...sbb itulah Allah kurniakan akal fikiran yang tak ternilai kepada makhluk yang bergelar manusia...

    ReplyDelete
  13. Alfatihah...semoga Allah mengampunkan dosa arwah dan kita semua.amin

    ReplyDelete
  14. semoga di ampunkan... ramadhan pun dah dekat

    ReplyDelete
  15. sesape yang ade kutok dia, maki dia . dia dah takda, camna la tu nak minta maaf . pepandai la korang ye sape yang pernah berkata buruk dengan arwah .

    ReplyDelete
  16. a'ah kte xbule cpt nk menghukum org laen cmtuh je.kte kne phm jugak perasaan dy..knpe dy jd cmtuh..kn

    ReplyDelete
  17. betul tu walaupun perkara yang dilakukan adalah salah namun sebagai kita saudara sesama silam haruslah membantu dia kejalan yang benar... biasalah manusia ini tidak mudah sempurna ibarat kata pepatah setitik air lekuk juga batu akhirnya .. :)

    ReplyDelete
  18. kita kutuk orang...sempurna sangat kah kita?renungkanlah...yg penting jadi kan iktibar dan tauladan...

    ReplyDelete
  19. Sudah meninggal dunia. Kesian. Sekejap sahaja ceritanya. Semoga dia diampunkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  20. "Secara peribadi, saya merasakan masyarakat sebenarnya perlu meneliti dan memahami masalah mereka yang mempunyai krisis identiti ini, bukan sekadar menghukum dan menyisihkan Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana.


    Jalan yang terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina.


    Memanglah menukar jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya di kategorikan sebagai haram namun tidak mustahil Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana boleh bertaubat jika mendapat bimbingan yang betul.."

    "SOKONG STATEMENT nie..apa yg berlaku bkn kehendak dia...kalau menyisihkan diri dia bermakna kite seolah2 membunuh dia...bimbinglah sebaik mungkin...masa depan manusia tertulis sejak azali lg..nasib kite nie pun xth lg..."

    maaf..sesuatu yg berlakummg takdir ALLAh,tetapi adakah jika seseorang itu mnjadi perompak lantas jika dtanya,"knapa jd perompak?",lalu dijawab"sudah
    takdir"..ANDA SALAH..seseungguhnya doa itu pengubah takdir..setiap masalah ada penyelesaiannya..diharap anda berfikir sebelum membuat satu statement..

    ReplyDelete
  21. Terserahlah pada Pengirannya.

    Banyak betul manusia hipokrit dalam ni...komen macam alim...tapi bila baca betul betul...terserlah hati yang busuk.

    ReplyDelete