Saturday, July 23

Keputusan Malaysia VS Singapura Live 1st Leg Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : SINGAPURA 5 - 3 MALAYSIA


Malaysia mendapat gol pertama menerusi Safee Sali pada 20 saat pertama selepas sepak mula. Sepakan pertamanya dapat ditepis namun sepakan keduanya menembusi jaring. 1 permulaan yang baik untuk Malaysia. 


Walaubagaimanapun kedudukan ini tidak dapat bertahan lama apabila Qiu Li menyamakan kedudukan untuk Singapura menerusi free kick minit ke 7.


Gol kedua untuk Singapura hadir minit ke 21 oleh Alesender Duric yang mengambil free kick yang menerjah kanan gol. Terpaku Sharbinee Alawee membiarkan gol itu.


Nampaknya bahagian tengah Malaysia nampak bermasalah. Sukar sekali mengekalkan ball possession dan sukar membantu bahagian serangan. Singapura pula banyak melakukan hantaran bola tinggi.




Apa-apapun kita mengharapkan keputusan Malaysia VS Singapura adalah keputusan yang positif untuk skuad negara.


Skuad Malaysia nampaknya terus ketinggalan apabila Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ke 3 Singapura menerusi 1 sepakan padu menewaskan Shabinee Allawee minit ke 43.


Sekali lagi Singapura membolosi gol Malaysia kali ke 4 menerusi Shi Jiayi minit ke 45. Kami mahu Khairul Fahmi Che Mat menjaga gawang Malaysia untuk separuh masa kedua !


Malaysia nampaknya semakin tertekan apabila Safiq Rahim dilayangkan kad merah kerana menyepak perut pemain lawan ketika berlakunya perebutan bola dalam separuh masa kedua.


Minit 53, pemain Singapura Ismail Yunos pula dilayangkan kad merah kerana menarik K. Kunalan. Sekarang 10 lawan 10.




Malaysia mendapat 2 gol pantas menerusi Abdul Hadi Yahya dan Safee Sali menerusi counter attack yang pantas. Sudah 3 gol tempat lawan memang bekalan yang selesa.


Namun Alesender Duric menambah derita Malaysia dengan gol kelima ketika pertahanan Malaysia leka mengawal benteng pertahanan. Ini menjadikan kedudukan tamatperlawanan Singapura 5-3 Malaysia.


Malaysia harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal mengekang asakan Singapura. Sharbini Allawee pula mudah melepaskan gol. namun begitu Malaysia mempunyai 3 away goal. Harus sekurang-kurangnya menjaringkan 2 gol lagi pada perlawanan timbal balik nanti.. 


PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang ternantikan keputusan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung jam 7.30 malam di Stadium Jalan Besar Singapura 23 Julai 2011 ini.


Misi penting buat skuad Harimau Malaya ialah untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini untuk di bawa ke perlawanan timbal balik (2nd leg) di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai 2011 ini.


Apa yang peminat bolasepak tempatan harapkan ialah skuad Malaysia mempelajari sesuatu dari perlawanan menentang kelab gergasi England, Arsenal dan Liverpool baru-baru ini.


Kelemahan yang agak ketara ialah di bahagian pertahanan yang agak longgar dan mudah leka di penghujung permainan. Diharapkan masalah ini dapat di atasi menentang Singapura nanti.




Antara pemain import Singapura yang berbahaya ialah Egmar Goncalves dari Brazil, Mirko Grabovac (Croatia), Qiu Li, Shi Jiayi (China), Itimi Dickson (Nigeria), Mustafic Fahrudin dan Aleksandar Duric (Yugoslavia).


Pemain-pemain ini di jangka akan memberi banyak masalah kepada pertahanan pasukan Harimau Malaya. Untuk makluman, pemain-pemain import ini telah diberikan kerakyatan Singapura di bawah program "Singapore Foreign Talent Scheme".


Malam ini skuad Malaysia akan menggunakan jersi biru putih untuk perlawanan ini. Jersi biru ini selalunya 'ong' kepada pasukan Malaysia. Harap-harap 'ong' ini akan berterusan.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai 2011 ini jam 7.30 malam di TV2 dan Astro Arena saluran 801.


Keputusan @ result perlawanan Malaysia VS Singapura live 1st leg pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai 2011 ini akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

5 comments:

  1. ape pon tahniah msia..bukan senang nk jaringkan gol..kira baik laa tu..

    ReplyDelete
  2. team malaysia apa yg aku perasan dlm bbrp perlawanan sblm ni, bhgn pertahanannya agak goyah..hope rajagopal buat sesuatu ttg ni.

    btw mental pemain pun agak 50:50 la..
    yg ak tgok cool je, Safee Sali, dia still leh fokus, tp if dh pemain len mental down, susah gak..

    mentaliti pemain memainkan peranan penting dlm memastikan corak permainan mrk menarik atau tidak.

    hope Malaysia mampu tunjukkn aksi yg menarik di SBJ nnt...

    ReplyDelete
  3. Awal awal lagi Datuk KR dah bagi tahu, bahagian pertahanan Malaysia banyak yang perlu dibaiki kerana agak senang dibolos. Harap harap Malaysia mampu mengatasi Singapura pada pusingan kedua nanti.

    ReplyDelete
  4. aa pon tengok game nie...1st half tu memang hampa la sikit tgk..tapi 2nd half tu aa suka...tambah2 time safee sali score goal yg ke3 tu..mmg smart abis..siap wat sign "fokus" kat ahli pasukan Malaysia yang lain...memang smart..S.Kunalan pon main best...aa harap semua pemain maintainkan semangat 2nd half tu 2nd leg kat bukit jalil nanti...Insyaallah..chayokkk MALAYSIA...!!!...

    ReplyDelete