Sunday, July 24

Facebook Mengubah Tingkah Laku Manusia Dalam Perhubungan ?



Kehadiran laman web sosial seperti Facebook dan twitter merupakan 1 fenomena perkembangan zaman. Namun siapa sangka kehadiran laman web ini telah mengubah perilaku seseorang dalam perhubungan. 


Kajian terbaru di Amerika Syarikat mendapati Facebook merupakan laman sosial yang paling banyak diakses sekaligus telah mengubah banyak aspek perilaku, khususnya berkaitan dengan cara menjalin hubungan dengan pasangan.


Jom kita terjah hasil kajian di Amerika ini bagaimanakah Facebook mampu mengubah perilaku seseorang dalam perhubungan :-  



1. Berbohong dalam status

Kira-kira 27%  facebookers yang tidak meletakkan status relationship mereka sejujurnya. Mereka lebih cenderung meletakkan 'in a open relationship'. Manalah tau jika berlakunya pergaduhan dengan kekasih maka mereka boleh mengorat orang lain. 


2. Merahsiakan posting di wall

Kira-kira 29% mengatakan bahawa komen di wall atau foto boleh menimbulkan masalah dengan pasangan. Sebanyak 42% mengatakan, mereka mendapat rungutan dari pasangannya, dan 11% lagi memblok pasangan mereka pada profil sehingga tidak dapat mengakses atau melihat semua aktiviti yang dilakukannya di Facebook. 


3. Gejala mengorat (flirting)

Sebanyak 70% pengguna mengaku memanfaatkan Facebook untuk menggoda teman baru. Kira-kira 24% si penggoda ini mengunakan Facebook untuk menyamar sebagai orang lain untuk menguji kesetiaan sang kekasih. 


4. Menjadi mudah cemburu

Sebanyak 59% mengaku sering cemburu karana pasangannya berhubungan dengan orang lain di Facebook.  Hasil penelitian Amy Muise Ph.D dari University of Guelph merumuskankan, Facebook penyumbang kepada  kecemburuan pada pasangan biarpun pada asalnya tiada terdetik pun untuk cemburu. 


5. Menggeledah akaun pasangan

Sebanyak 23% responden mengaku pernah menggeledah atau meng'hack' akaun pasangannya di Facebook . Sebanyak 18% responden mengaku tahu password pasangannya, 85% mengaku diberitahu passwordnya, 16% meneka password pasangannya dan 9% lagi responden sengaja meng'hack' akaun Facebook pasangannya.


6. Mencari bekas kekasih

Sebanyak 85% pengguna Facebook mencari dan menjejaki bekas kekasihnya melalui Facebook. Sekitar 17% dari mereka selalu mengecek halaman bekas kekasihnya, setidaknya sekali dalam seminggu.  



Ternyata Facebook ini telah banyak mengubah tingkahlaku manusia. Apa yang penting adalah jujur dengan pasangan masing-masing dan jangan terlalu taksub dengan Facebook. Gunakanlah Facebook secara berhemah dan elakkan dari perkara-perkara yang boleh menganggu gugat keharmonian yang telah terjalin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

2 comments:

  1. salam...lama aa tak lawat AKU DAN SESUATU nie...mmmmm...betul tu facebook nie memang boleh mengubah seseorang...tapi selaku manusia sebenarnya kita la yang kena kontrol diri kita kan..tak boleh nak salahkan Mark Elliot Zuckerberg pulakkan sebab create facebook nie...so...pandai2 lah kita menggunakan lawan sosial nie kearah yang lebih bermanfaat..

    ReplyDelete