Memperkenalkan inilah dia jersi baru Real Madrid musim 2011/2012 (Home). Jersi baru ini menggunakan gabungan warna putih dan emas sebagai warna rasmi.
Jersi baru ini adalah simbol kejayaan kelab Galaticos ini dalam tempoh 100 tahun. Sejak awal penubuhan Real Madrid lagi, lembaga pengarah telah bersetuju menggunakan warna emas untuk jersi pasukan gergasi Sepanyol ini.
Perubahan paling ketara untuk jersi ini adalah pada bahagian kolarnya. Jersi sebelum ini menggunakan kolar bulat sahaja. Bahagian kolarnya juga di lingkari garisan berwarna emas.
Warna emas juga digunakan di bahagian badge Adidas dan '3 stripes' Adidas pada bahu dan lengan jersi baru Real Madrid ini.
Ini pula bahagian belakang jersi ini. Penggunaan warna emas digunakan juga untuk nama pada dan nombor pada jersi.
Yang ini pula jersi baru utama Real Madrid untuk penjaga gol. Jersi ini akan dipakai oleh Iker Casillas dan Jerzy Dudek. Gabungan warna kuning dan hitam adalah warna rasmi jersi penjaga gol ini.
Memang jarang jersi penjaga gol berwarna kuning. Sebelum ini, warna yang sering digunakan Real Madrid ialah kelabu dan hitam. Terdapat juga jalur hitam melintang pada bahagian dada jersi ini.
Apa-apapun semoga jersi baru ini akan membawa tuah kepada Real Madrid sekurang-kurangnya dapat menamatkan dominasi Barcelona dalam La Liga dan di peringkat Eropah...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~