Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE


Barcelona melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menang 3-1 (Agg 4-3) pada perlawanan 2nd leg di Nou Camp Barcelona.


Gol pertama barcelona dijaringkan pada minit ke 45 menerusi Lionel Messi. Walaubagaimanapun pada minit 53 Sergio Busquets menjaringkan gol sendiri lalu memberi kelebihan kepada Arsenal.




Pada minit ke 56, Robin Van Persie telah menerima kad kuning kedua lalu Arsenal terpaksa bermain dengan 10 pemain. Barcelona mengambil kesempatan ini untuk mengasak kubu Arsenal.


Hasilnya Xavi Hernandez berjaya menjaringkan gol ke 2 Barcelona hasil lorongan Andres Iniesta pada minit ke 67.


Gol ke 3 Barcelona hadir menerusi penalti Lionel Messi setelah Pedro dijatuhkan oleh Laurent Koncielny dalam kotak penalti.




Tiada apa yang mampu lagi Arsenal lakukan akibat kekurangan seorang pemain. Semuanya seakan-akan tidak menjadi. Keputusan kekal sampai wisel penamat ditiupkan.


Keputusan Penuh : Barcelona 3-1 Arsenal (Agg 4-3). Barcelona mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah  2010/2011


PREVIOUS ENTRY


Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu keputusan @ result Barcelona VS Arsenal live 2nd Leg pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah (Champion League) 2011.


Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Emirates, Arsenal menang 2-1 ke atas Barcelona hasil jaringan Robin Van Persie dan Andrey Arshavin. 




Di atas kertas, Barcelona masih calon pilihan kerana memiliki gol tempat lawan dan hanya memerlukan 1 gol sahaja untuk layak ke peringkat seterusnya. 


Namun, kali ini ramai pemain utama tidak dapat beraksi kerana kecederaan dan pergantungan antaranya  Carlos Puyol, Gerrard Pique (Barcelona), Theo Walcott dan Robin Van Persie (Arsenal).


Jom kita terjah kesebelasan utama untuk perlawanan kali ini :- 




Berdasarkan kesebelasan utama ini, nampaknya perubahan strategi besar yang dilakukan oleh Barcelona apabila meletakkan Sergio Busquets sebahagai pertahanan tengah. 


Jangan lupakan menyaksikan perlawanan Barcelona VS Arsenal ini livedi Astro ESPN saluran 812 9 Mac 2011 jam 3.45 pagi. Keputusan dan analisis perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sharinginfoz said...

arsenal sudah bermain dengan terbaik tapi kena akui kehebatan barcelona dan juga arsenal bermain 10 org

nur said...

go barca go.. erk..
Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

rabunmerah said...

kesian arsenal...ref mcm tak suka ngan arsenal jer apasal eh

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget