Sekarang ini sudah trend semakin ramai penduduk negara  ini termasuk  kanak-kanak dan remaja dikesan mengalami penyakit  berkaitan psikiatri.
Berdasarkan statistik Kementerian  Kesihatan sejak lima tahun lalu yang mendapati 11.2% penduduk  berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah itu.
Salah satu punca kepada fenomena tersebut  ada kaitan dengan tekanan yang dihadapi golongan tersebut ketika  menghadapi PEPERIKSAAN !
Berdasarkan kenyataan tersebut ada  kaitan yang  mengaitkan peperiksaan sebagai punca  tekanan kepada individu.
Ini kerana ada sesetengah pihak  meletakkan kecemerlangan dalam peperiksaan sebagai kayu pengukur dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar.
Kegagalan  dalam mencapai sesuatu target menyebabkan lahirnya perasaan kecewa dan  membawa kepada kesan sampingan yang lain pula.
Bukan setakat budak-budak dan  remaja, golongan dewasa pun selalu mengeluh bila perlu menghadapi  peperiksaan, lebih-lebih lagi yang sudah agak berumur, tak pasal-pasal  tekanan darah naik dan macam-macam penyakit lain muncul.
Namun begitu peperiksaan masih  diperlukan dalam menilai keberkesanan sesuatu proses pembelajaran, kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar atau pekerja dalam  organisasi. 
Mungkin jugak satu kaedah lain perlu dikaji untuk  menambahbaik sistem penilaian sesuatu perkara di dalam negara ni. Apakah agaknya cara dan kaedah yang  paling sesuai untuk gantikan kaedah peperiksaan ni…
P/S: Patutlah ada cadangan mahu memansuhkan UPSR dan PMR...
Adios~~~~










 
 2 Comments
2 Comments
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
