Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Kena Service Tax Kad Kredit !


Baru-baru ni aku ada terbaca entri abang Sharinginfo tentang service tax kad kredit RM 50 yang telah di caj dalam penyata akaun bulan April kad kreditnya. Apabila terbaca entri ni, aku pun teringat yang anniversary kad kredit aku jatuh bulan April juga. 


Lantas aku membuka penyata kad kredit aku untuk bulan April. Jangkaan aku TEPAT sekali. Service tax dah dikenakan ke atas akaun kad kredit Mastercard aku. Kat bawah ini adalah penyata akaun yang telah di caj service tax :-


 
Memang agak membebankan. Bagi aku RM 50 sangat bernilai bagi aku. Macam-macam boleh buat dengan RM 50. Nilai ini boleh menampung kehidupan aku selama 1 minggu (untuk orang bujang sahaja) sebab aku bukannya kuat makan pun. 


Sebenarnya kad kredit Mastercard ni aku nak cancel. Lepas tu bertukar pula kepada debit kad tapi apakan daya yang dalam kad kredit Mastercard ini. ada 3 installment plan. Dalam perjanjian, kalau ada installment plan tak boleh cancel kad. Penalti RM 50 boleh di kenakan. Cancel pun kena RM 50, tak cancel pun kena RM 50. Memang tak boleh lari.   


Aku ada lagi satu kad kredit VISA yang anniversary nya jatuh pada bulan August ni. Kad ini pun tunggu masa sahaja nak cancel. Dah lama tak pakai. Dari kena caj RM 50 baik cancel aje. Cukuplah tinggal 1 kad untuk kegunaan dan kecemasan.


Rasanya kes aku ni dah jatuh dalam kategori win-win situation. Aku dapat RM 10000 dari kerajaan (rujuk entri yang terdahulu) dan pada masa yang sama pula kerajaan caj RM 50 ke atas kad kredit aku. Aku untung dalam RM 9950.  


Kepada sesiapa yang masih belum cancel kad kredit anda pastikan anda cancel kad anda jika tak mahu kena service tax RM 50. Cukuplah tinggal 1 kad sahaja untuk tujuan kecemasan. Tak berbaloi nak berbangga banyak kad tapi kena bayar setiap kad RM 50... 


Adios~~~~

Comments
1 Comments

1 comments:

Sharinginfoz said...

apa-apa pun guna credit card secara berhemah dan elakkan perbelanjaan yang tak perlu. satu pun cukuplah rasanya

Siapa Tengah Tengok Blog Anda Sekarang

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget