KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA DUN KAJANG
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti 5,379 undi.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berjaya memperoleh sebanyak 16,741 undi.
Dengan keputusan itu, Wan Azizah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman kira-kira pukul 9.05 malam, Ahad.
Turut hadir di pusat penjumlahan undi di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Sehingga proses pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang tadi, seramai 28,314 atau 72 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.
Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan 'langkah Kajang' yang dirancang PKR.
Previous Entry :
Keputusan Pilihanraya Dun Kajang 23 Mac 2014 akan diketahui seawal 9 malam ini. Keputusan Pilihanraya Dun Kajang ini di anggap penting bagi mengetahui sejauh mana kekuatan sokongan rakyat terhadap parti dan calon yang bertanding.
Fokus PRK yang dipanggil 'langkah Kajang' ini dikatakan Pakatan Rakyat sebagai referendum menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama melalui calonya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
Calon BN Chew Mei Fun pula dilihat mahu memperbaiki sokongan kaum Cina yang hanya di takat 40 peratus pada pilihan raya umum lalu, sekali gus membuktikan partinya MCA masih relevan.
Pengiraan undi dari 18 daerah mengindi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.
Apa pilihan penduduk Kajang?
LAPORAN LANGSUNG
7:35pm Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum PKR menang di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut dalam pilihan raya umum ke-13.
7.30pm Tak rasmi:
PKR - 15,055
BN - 9,628
Majority - 5,427
Kira-kira 88 peratus undi telah dikira.
PKR nampaknya mengekalkan kerusi DUN Kajang dengan majoriti berkurangan sebanyak kira-kira 1,000 undi.
7.14pm Tak rasmi dari sumber MCA:
PKR - 13,414
BN - 8,226
Ini adalah jumlah dari sekurang-kurangnya 80 peratus undi.
7.13pm Tak rasmi - Sumber PKR menunjukkan undi dari 55 telah dikira
PKR - 10,187
BN - 6,494
7.10pm Penyokong dan petugas parti kini masih ternanti-nanti dengan keputusan pilihan raya DUN Kajang. Mereka sedang mengira tally di Pejabat Umno Hulu Langat di Pekan Kajang.
Antara pemimpin yang hadir di sini ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor, SUK Umno Datuk Rauf Yusoh dan Ketua Bhagian Umno Datuk Johan Abdul Aziz.
7.05pm Tak rasmi - Jumlah undi setakat dari 53 saluran:
PKR - 10,070 BN
BN - 6,145
Majoriti - 5,075
6.56pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 52 saluran diperolehi
PKR - 9,892
BN - 6,075
Majoriti - 3,817
6.53pm Tak rasmi - Jumlah undi dari 48 saluran diperolehi:
PKR - 9,257
BN - 5,448
Majoriti - 3,809
6.42pm Tak rasmi - Sumber PKR memberi angka menunjukkan parti itu semakin mendahului berdasarkan undi dari 45 saluran.
PKR - 8,847
BN - 5,260
Majoriti - 3,587
6.35pm Tak rasmi dari sumber PKR - Keputusan dari 39 saluran:
BN - 4,361
PKR - 7,514
6:30pm Tak rasmi - Keputusan dari 31 saluran diperolehi
PKR - 5,242
BN - 3,429
6.15pm Tak rasmi - Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil umum parti itu menguasai pilihan raya kecil DUN Kajang, berdasarkan pengiraan awal:
PKR - 4,239 undi
BN - 1,617
Majoriti - 2,622
Keputusan itu berdasarkan 26 dari 88 saluran pengundian, atau 33 peratus dari jumlah undi.
Berita selanjutnya akan menyusul....
Sumber : Malaysiakini
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~