Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE


Keputusan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United UEFA Champions League 1st Leg Semi Final 17 April 2011 menyaksikan Schalke tewas 0-2 kepada MU.


Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan untuk menjaringkan gol walaupun beberapa percubaan dilakukan menguji penjaga gol lawan.




Gol pembukaan hadir pada minit ke 67 menerusi Ryan Giggs yang menerima through pass dari Wayne Rooney lalu melorongkan bola di bawah kangkang Manuel Neuer.


Gol kedua menyusul pada minit ke 69. Kali ini giliran Wayne Rooney yang menerima through  pass dari Javier Hernandez lalu menjaringkan gol menjadikan keputusan 0-2.




Selepas gol kedua, MU di lihat mengendurkan asakan dan banyak bertahan. 2 jaringan itu kekal sehingga perlawanan tamat.


Ini bermakna MU sudah selangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung di Wembley, London. 


PREVIOUS ENTRY


Pasti peminat bolasepak tertunggu-tunggu keputusan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United Separuh Akhir 1st Leg Liga Kuara-Juara Eropah 27 April 2011 ini kan. 


Schalke mengejutkan banyak pihak apabila melangkah ke saingan separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah selepas me­nyingkirkan penyandang juara, Inter Milan di suku akhir.


Jom kita lihat statistik menarik untuk perlawanan ini :-




Pemain tumpuan dalam perlawanan ini ialah Raul Gonzalez (Schalke). Untuk rekod, pada tahun 2000, Raul yang mewakili Real pernah menyumbat 2 gol di Old Trafford untuk menyingkirkan MU.


Raul, 33 sudah mencipta 71 gol sepanjang penyertaan beliau dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.




Wayne Rooney pastinya menjadi tonggak MU untuk memenangi perlawanan ini. Rooney menjaringkan 1 gol ketika menewaskan Chelsea pada perlawanan suku akhir di Stamford Bridge.


Oleh itu semua pemain Schalke tidak boleh membiarkan Wayne Rooney bergerak bebas pada pertembungan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang MU ini. 




Apa apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Schalke 04 VS Manchester United UEFAChampions League semi final 1st leg ini live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 pagi 27 April 2011.


Keputusan @ result perlawanan menarik ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

KFC Lunch Treats Dari Isnin Ke Ahad 12pm-3pm



Sekarang ini KFC dah ada KFC Lunch Treats setiap hari dari isnin ke ahad bermula dari jam 12pm hingga 3pm. Terdapat 3 set menu yang di tawarkan iaitu :- 

  • Set A (RM4.95) : Famous Bowl dan air berkabonat

  • Set B (RM 5.95) : Colonel Burger, Fun Fries dan air berkabonat

  •  Set C (RM 5.95) :  1 ketul ayam, nasi, coleslaw dan air berkabonat


Mungkin ada yang tak tahu apa tu famous bowl kan. Kalau Colonel Burger, Fun Fries dan Nasi Ayam tu ramai yang dah tahu.  




Inilah dia rupa Famous Bowl. Dalam bekas ini ada campuran ayam yang dipotong kecil, jagung dan kuah. Boleh tahan sedapnya. Saya bagi 7.5 out of 10.


Dengar cerita ramai yang complaint pasal Famous Bowl ni sebab dalam iklan bekas dia nampak besar tapi bila beli kecik je. Ada lah sama saiz dengan bekas Tau Foo Fah.




Bagus juga bila KFC ada buat KFC Lunch Treats ini. Boleh bersaing dengan McD Value Lunch. Kalau nak makan ayam datanglah ke KFC. Nak makan burger boleh datang ke McD...


Bagi yang berkerja tu kalau asyik-asyik makan nasi mamak je bila lunch hour apa kata sekali sekala trylah KFC Lunch Treats atau McD Value Lunch ini.Memang berbaloi..


P/S : Jangan lupa ada goverment tax 6% setiap kali anda beli dari KFC atau McD. Kalau harganya RM5.95 akan jadi RM6.30...

 
Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Our World, Their War



Bayangkan jika Deceptions yang di ketuai oleh Megatron mengancam keselamatan dunia dan seluruh penduduk bumi. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan orang yang anda sayangi?


Tentunya kita sebagai manusia kerdil tidak mampu menentang robot-robot ini. Sekali kena jentik terus mati. Tetapi bagaimana pula jika kita di kalangan Autobots? Bagaimana kita dapat menyelamatkan bumi? 


Jika saya ialah Optimus Prime, apa yang boleh saya lakukan untuk menentang Decepticons ialah dengan :- 

  • Menentang Decepticons dengan sedaya upaya biarkan nyawa terkorban demi menyelamatkan orang yang tersayang kerana inilah salah satu sifat keberanian Optimus Prime. (Optimus Prime telah terkorban ketika menyelamatkan Sam Witwicky dalam Revenge of The Fallen).

  • Sebagai ketua di kalangan Autobots, saya akan memimpin dan menaikkan semangat kesemua Autobots untuk berjuang habis-habisan kerana itulah tugas sebenar pemimpin (Dapat di lihat dalam Transformers 1 bagaimana Optimus Prime menaikkan semangat Autobots ketika peperangan berlaku).

  • Merancang strategi terbaik untuk menewaskan Decepticons. Dalam peperangan memiliki senjata tercanggih dan bala tentera yang ramai tidak akan bermakna jika tidak mempunyai strategi peperangan untuk menewaskan musuh.  

  • Berkerjasama dengan penduduk bumi untuk mencari titik kelemahan Decepticons. Kecanggihan sains teknologi hari ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu Optimus Prime dan rakan-rakan di medan perang.

  • Cuba mengumpan Decepticons untuk bertarung di planet yang tidak berpenghuni supaya tiada nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa kemusnahan. 



Sebenarnya itu hanyalah imiginasi saya semata-mata. Maklumlah filem Transformers 3 : Dark Of The Moon yang di bawakan oleh Ultimate Movie Card  (GSC- Eon Bank Credit Card) akan menyerang di pawagam seluruh Malaysia tak lama lagi.


Buat semua kaki wayang, anda perlu dapatkan GSC- Eon Bank Credit Card kerana anda akan mendapat keistimewaan seperti on da spot redemption, contest yang menarik, diskaun dan banyak lagi.




Anda layak untuk mendapat diskaun 10% jika anda membeli tiket GSC menggunakan GSC- Eon Bank Credit Card.


Memang berbaloi kan. Untuk makluman lanjut tentang Ultimate Movie Card anda boleh klik di sini GSC- Eon Bank Credit Card.


Apa-apapun jangan lupa saksikan Transformer 3 : Dark of The Moon di pawagam berdekatan dengan anda bermula 1 July 2011 ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Youngman Artiga : Proton Satria Neo Di China 2011

(credit to Paultan)


Memperkenalkan inilah dia Youngman Artiga iaitu versi Proton Satria Neo yang di jual di China oleh  syarikat Youngman Automobile Group Ltd. 


Sebelum ini syarikat ini mengedar Proton Gen 2 di China yang di jenamakan semula sebagai EuropeStar.




Dapat di lihat beberapa perubahan ketara untuk model ini jika di bandingkan dengan Proton Satria Neo yang di jual di Malaysia. Banyak pengubahsuaian dilakukan dengan menggunakan Carbon Fibre.


Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.




Untuk makluman, Youngman Artiga ini menggunakan enjinnya  yang dibekalkan dengan Supercharger, sama seperti Proton Lotus R3 Supercharged yang boleh menghasilkan 180 Kuasa kuda dan 200 Nm kuasa tork.




Ini pula ruang dalaman model ini. Permukaan dalamannya nampak ranggi dan sporty dengan gabungan warna hitam dan merah. Kerusi pemandu pula adalah di sebelah kiri.




Ini pula bahagian belakang model ini. Perubahan yang nampak ketara ialah pada bahagian ekzos dan spoiler yang berbeza dari Proton Satria Neo yang dijual di Malaysia.


Kalau nak tengok lagi gambar-gambar menarik model Youngman Artiga ini boleh lawat di blog Paultan ini...


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Lirik Lagu Stacy - Kisah Dongeng



Kali ini nak share dengan anda semua lirik lagu terbaru Stacy - Kisah Dongeng. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim (Edry KRU).


Biasanya Edry akan beri lagu berentak rancak kepada Stacy tapi kali ini lagu ini berentak balada. Mungkin Stacy nak buat pembaharuan barangkali.


Stacy - Kisah Dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini


...Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


 Lagu ini akan di mainkan di corong-corong radio sikit masa lagi.. Tunggu..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget