Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Pada 22 April sehingga 1 May 2011 ini akan berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 bertempat di PWTC Kuala Lumpur dari 9 pagi ke 10 malam.


Ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bagi membolehkan penerbit dan pengusaha buku tempatan dan luar negara mempromosikan judul-judul dan koleksi terbitan mereka kepada para pengunjung.




Pesta buku antarabangsa kali ke-30 ini telah diiktiraf sebagai pesta buku terbesar di negara ini dan antara yang terunggul di rantau ASEAN.


Tema yang dipilih bagi tahun 2011 ialah “Buku: Dunia Tanpa Sempadan” (“Books: World Without Borders”). Tema ini di pilih untuk  membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khusus generasi muda.




Semua buku dalam pelbagai bidang ada di jual dan di pamer di sini. Anda juga boleh dapat harga diskaun jika membeli buku di sini nanti. 


Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).


Jika anda ada kelapangan, singgahlah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini yang berlangsung selama 10 hari ini. Bawa anak anda sekali semoga dapat menanamkan minat anak anda untuk membaca buku...


Velasrizal Rodriguez


ADIOS~~~



Keputusan @ result Real Madrid VS Barcelona live Final Copa Del Rey 21 April 2011 berpihak kepada Real Madrid yang menang 1-0 ke atas Barcelona dalam masa tambahan.


Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol. Walaubagaimanapun Barcelona banyak mendominasi permainan dengan hantaran pendek yang kemas.  




Pada separuh masa kedua, Barcelona berjaya menjaringkan gol menerusi david Villa namun gol itu tidak di sahkan kerana offside.


Semakin menghampiri penghujung 90 minit, permainan menjadi semakin tegang. Banyak kad kuning di layangkan kepada pemain Real Madrid dan sepakan percuma di berikan kepada Barcelona. 





Permainan di teruskan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol. Gol kemenangan Real Madrid dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo yang menanduk hantaran silang Angel Di Maria pada minit ke 102. 




Ketika Real kebal bertahan, Angel Di Maria di layangkan kad merah pada minit ke 120 kerana mengasari pemain lawan. Namun itu sudah terlambat menghalang Real Madrid muncul juara Copa Del Rey 2011.


Untuk rekod ini trofi pertama Real Madrid di bawah kendalian Jose Mourinho. Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011...


Velasrizal Rodriguez
 

Adios~~~~



Kalau anda seorang perempuan bujang yang mahu mencari bilik untuk di sewa di sekitar Kuala Lumpur, di Kondominium Putra Villa Taman Melati Gombak ada 1 bilik untuk di sewa.


Kawan saya memerlukan seorang roommate untuk master bedroom. Harganya ialah RM300 setiap bulan. Deposit pula 1+1+150 (untuk utilities).


Antara kemudahan yang di sediakan ialah kolam renang, gimnasium, kedai runcit, pengawal keselamatan 24 jam selain lokasi kondominium yang hanya 5 minit jalan kaki ke LRT Gombak. 




Bakal penyewa mestilah seorang yang pembersih, jujur dan bertanggungjawab. Lelaki, alkohol dan aktiviti jenayah adalah dilarang sama sekali di bawa masuk. 


Jika anda berminat untuk menyewa bilik ini dan anda memenuhi kriteria di atas, sila hubungi  atau SMS Fairuz Wahida di talian 0195776789. Kemasukan adalah pada bulan May 2011.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~



Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis memperkenalkan 10 peserta Imam Muda Astro Musim ke 2 (IM2) 2011  yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.


Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Jom kita berkenalan dengan peserta Imam Muda musim ke 2 (IM2) 2011 kali ini. 




SENARAI PESERTA IMAM MUDA MUSIM KEDUA :

  • Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum)
  • Mohd Azlan Zulkarnain,25, (jurutera) berasal dari Cheras Kuala Lumpur.
  • Mujahid Suhaimi ,20 bekas ahli gimnastik  (pelajar).Berasal dari Singapura.
  • Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa)
  • Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam)
  • Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (guru besar) berasal dari Segamat, Johor
  • Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (pensyarah) berasal  dari Air Tawar Perak
  • Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).   Berasal dari Kg.Rimba Brunei Darussalam
  • Ali  Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa)
  • Abdul Fattah Riddzwan, 21, (fasilitator).berasal dari Negeri sembilan.


Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion.


Jom kita berkenalan pula dengan pengetua dan tenaga pengajar Imam Muda 2 kali ini :- 




TENAGA PENGAJAR IMAM MUDA MUSIM KEDUA

  • Mudir Imam Muda 2 (Pengetua) : Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz
  • Senarai Mursyid Imam Muda 2 : Ustaz Ikmal Zaidi, Ustaz Tuan Asmawi,  Ustaz Izhar Ariff dan Ustaz  Zulkefli Hamat


Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.


Jangan lupa saksikan Kapsul Imam Muda pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar Imam Muda 2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 Apri 2011l) dan Medan Imam Muda 2 live (Jumaat, 9 malam).


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Ranking Universiti Terbaik Di Malaysia 2011



Baru-baru ini sebuah laman web terkemuka iaitu Top Study Links telah mengeluarkan senarai ranking universiti terbaik seluruh dunia termasuklah universiti yang ada di Malaysia.


Jom kita terjah ranking universiti terbaik di Malaysia 2011.




Tidak di nyatakan pula ranking ini di keluarkan berdasarkan pencapaian akademi pelajar atau bardasarkan penyelidikan yang di jalankan oleh universiti.


Untuk melihat ranking universiti terbaik dunia pula boleh klik di sini Top Study Links


Sekurang-kurangnya dengan adanya ranking ini, mungkin boleh membantu pelajar lepasan SPM untuk memilih universiti atau kolej manakah yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget