Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Kena Service Tax Kad Kredit !


Baru-baru ni aku ada terbaca entri abang Sharinginfo tentang service tax kad kredit RM 50 yang telah di caj dalam penyata akaun bulan April kad kreditnya. Apabila terbaca entri ni, aku pun teringat yang anniversary kad kredit aku jatuh bulan April juga. 


Lantas aku membuka penyata kad kredit aku untuk bulan April. Jangkaan aku TEPAT sekali. Service tax dah dikenakan ke atas akaun kad kredit Mastercard aku. Kat bawah ini adalah penyata akaun yang telah di caj service tax :-


 
Memang agak membebankan. Bagi aku RM 50 sangat bernilai bagi aku. Macam-macam boleh buat dengan RM 50. Nilai ini boleh menampung kehidupan aku selama 1 minggu (untuk orang bujang sahaja) sebab aku bukannya kuat makan pun. 


Sebenarnya kad kredit Mastercard ni aku nak cancel. Lepas tu bertukar pula kepada debit kad tapi apakan daya yang dalam kad kredit Mastercard ini. ada 3 installment plan. Dalam perjanjian, kalau ada installment plan tak boleh cancel kad. Penalti RM 50 boleh di kenakan. Cancel pun kena RM 50, tak cancel pun kena RM 50. Memang tak boleh lari.   


Aku ada lagi satu kad kredit VISA yang anniversary nya jatuh pada bulan August ni. Kad ini pun tunggu masa sahaja nak cancel. Dah lama tak pakai. Dari kena caj RM 50 baik cancel aje. Cukuplah tinggal 1 kad untuk kegunaan dan kecemasan.


Rasanya kes aku ni dah jatuh dalam kategori win-win situation. Aku dapat RM 10000 dari kerajaan (rujuk entri yang terdahulu) dan pada masa yang sama pula kerajaan caj RM 50 ke atas kad kredit aku. Aku untung dalam RM 9950.  


Kepada sesiapa yang masih belum cancel kad kredit anda pastikan anda cancel kad anda jika tak mahu kena service tax RM 50. Cukuplah tinggal 1 kad sahaja untuk tujuan kecemasan. Tak berbaloi nak berbangga banyak kad tapi kena bayar setiap kad RM 50... 


Adios~~~~

Kahwin Bukan Kerana Harta ?


Ramai yang mempersoal tindakan gadis dari West Bromwich, Crystal Harris, 24, memilih untuk berkahwin dengan jutawan Playboy, Hugh Hefner, 84.


Pada hakikatnya, Crystal bukan gadis sebarangan kerana beliau bukan sahaja melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti tapi turut mendakwa beliau tidak berminat terhadap harta Hefner.


Malah Crystal sedia menandatangani perjanjian pra-perkahwinan bagi menafikan haknya terhadap harta Hefner yang dianggar bernilai £27 juta (RM131.35 juta) Beliau juga rela menyara hidupnya dengan kerjaya seni yang beliau ceburi selama ini. 


Hmm..betul ker kahwin bukan kerana harta? Atau ada muslihat di sebaliknya. Maklumlah  bertemu jodoh dengan orang kaya. Ada lagi ke orang macam ni dalam dunia ini? Memang sah cinta itu buta..


Adios~~~


Berita ini pastinya berita gembira buat pekerja yang membina stadium Piala Dunia 2010 Afrika Selatan kerana mereka akan diberi tiket percuma oleh penganjur untuk menonton perlawanan kejohanan itu.


Lebih daripada 200 pekerja yang membina Soccer City menerima dua tiket berganda termasuklah tiket pembukaan acara, 11 Jun ini yang mana stadium itu menempatkan sejumlah 95,000 tempat duduk.


Inilah tanggungjawab sosial oleh penganjur bagi menghargai titik peluh mereka yang terlibat secara langsung dalam pembinaan stadium untuk Piala Dunia 2010 ini. Tahniah buat penganjur..


P/S: Adakah taktik memberi tiket percuma kepada pekerja pembinaan stadium ini salah satu cara bagi memenuhkan stadium untuk menutup malu penganjur kerana laporan sebelum ini menyatakan penjualan tiket tidak memberangsangkan. Hmm..hanya Tuhan saja yang tahu..

Adios~~~

Kucing Pun Tahu Erti Kasih Sayang !


Sejak kebelakangan ini kerap kali dilaporkan di media kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak yang seakan-akan tiada kesudahannya. Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah dosa mereka ini?


Tahukah anda bahawa haiwan juga tahu tahu apa itu kasih sayang sesama makhluk. kalau tidak percaya jom kita sama-sama terjah video di bawah ini :-



Tak payah mangaku manusia yang berakal lah jika tiada sifat kasih sayang dalam diri...

Adios~~~


Baru-baru ini aku menyiarkan entri tentang cacing 3 seberat kg yang berjaya dikeluarkan dari tubuh seorang kanak-kanak di Bandung, Indonesia. Tak sangka entri itu mencapai terjahan luar biasa dari para bloggers.


Entri itu di siarkan sekitar 8 malam pada 2 Mei 2010. Jumlah trafik dari jam 8 - 10 malam mencecah hampir 50 orang dan jumlah visitors pula mencecah hampir 150 orang secara keseluruhan!


Bagi aku ini adalah salah satu rekod peribadi. Aku tak membandingkan pencapaian aku dengan blogger yang lain. Lain blog lain peminat kan. Siapalah aku jika hendak di bandingkan dengan bloggers ternama lain seperti Redmummy, Enriqazz, Hanis Zalikha,Cik Epal dan lain-lain. Aku cuma bertanding dengan diri sendiri.


Hmm ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini suka akan berita-berita sensasi untuk sajian mereka. Kalau cerita berkaitan dengan pendidikan, pengetahuan am dan isu-isu semasa memang kurang mendapat perhatian.


Tapi aku memandang perkara ini dari sudut positif. Mungkin ramai yang suka membaca entri yang 'ringan' setelah penat dengan urusan seharian. Maklumlah dari pagi sibuk di ofis dan yang mana yang masih belajar tu tentunya penat memerah otak di kuliah sepanjang hari.


Mungkin ini cara anda beristeriistirehat dan beriadah. Tak kisah lah macam mana bentuk entri kegemaran anda. Yang penting kita punya satu tanggungjawab untuk memeriahkan dunia blogging ini. Teruskan usaha anda menghasilkan karya-karya yang bermutu..


Adios~~~~ 

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget