Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Terima RM 10 000 !!!


Setelah sekian lama aku menunggu akhirnya penantian hampir 2 bulan telah berakhir apabila aku telah menerima RM 10000 seperti yang di janjikan. Yahoo !!!

Terasa dunia ini aku yang punya. Tak sangka mereka sanggup menawarkan aku jumlah sebanyak RM 10000 ini. Atas kriteria apakah mereka memilih aku? Adakah di sebabkan hasil penulisanku atau visitors yang meningkat saban hari?

Aku bukanlah nama besar dalam industri ini tetapi nilai RM 10000 itu membuatkan aku hampir sama taraf  dengan pendapat blog Redmummy untuk sebulan. Adakah aku dah sama taraf dengan Redmummy?

Tak kiralah sama taraf ke tak sama taraf. Pokoknya aku dah terima RM 10000 ini. Kalau tak percaya lihatlah resitnya di bawah ini.


Hahaha pasti anda sangka aku di taja mana-mana syarikat untuk menulis entri berkaitan produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Sebenarnya TIDAK SAMA SEKALI (walaupun teringin).

Sebenarnya ini adalah resit yuran pengajianku. Aku ditawarkan geran biasiswa di bawah Mini Bajet  2009 daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat Master.

Wang RM 10000 itu pula tidak diserahkan kepadaku tetapi diserahkan secara terus kepada Universiti  untuk menampung yuran pengajian.


Lega rasanya apabila duit itu dah di terima dan resit itu adalah buktinya. Sekarang ini aku tak perlu fikir pasal yuran pengajian lagi. Aku boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Terima Kasih Kementerian Pengajian Tinggi yang sudi menaja aku ini. Kalau ada lagi peruntukan geran  biasiswa untuk ke peringkat PHD pasti aku akan apply lagi  :-) 

Adios~~~~

Cacing 3 KG Dalam Perut !



Heboh di sekitar Bandung Indonesia dengan berita hasil pembedahan ke atas seorang budak menjumpai kira-kira 3 kg cacing jenis Ascaris lumbricoides di dalam perutnya.


Sebelum ini budak ini mengadu tidak dapat membuang air besar dan kerap sakit perut. Hasil dari ujian X-ray mendapati saluran ususnya tersumbat. Tetapi apabila pembedahan di lakukan, rupanya cacing yang berleluasa di dalam perut budak itu.


Jom kita terjah operasi mengeluarkan cacing dari dalm perut budak itu:-


 






Kalu tak cukup lagi jom kita terjah pula video dari Youtube ini :-







Hmm..ternyata masyarakat hari ini memang tidak menitikberatkan kesihatan sebab itulah masyarakat hari ini mudah ditimpa penyakit. Penyakit pula sekarang ini mudah tersebar dengan mudah contohnya H1N1. Oleh itu jagalah kesihatan selalu. Kan mencegah itu lebih baik dari mengubati...


Adios~~~


Menurut laporan Bernama, jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

Tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar.


Oleh itu, pemeriksaan kesihatan akan di lakukan kepada pemain badminton negara yang di latih oleh Rashid Sidek bagi memastikan tiada yang dijangkiti wabak H1N1.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Rashid Sidek dapat pulih sepenuhnnya agar beliau dapat mendidik pasukan badminton negara menjelang kejohnanan Piala Thomas yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Adios~~~

Gigolo Tawan Pantai Bali ?

 
Dokumentari Cowboys in Paradise yang dihasilkan oleh Amit Virmani daripada Singapura telah mencetuskan panik di kalangan pegawai pelancongan di Bali apabila ia mengetengahkan isu budak pantai yang mengoda pelancong asing di pantai peranginan Bali itu.

Hasil temu bual dengan budak pantai yang mengorat dan menggoda pelancong asing dalam dokumentari tersebut telah menjejas teruk imej Bali. 

Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk membuktikan tuduhan mereka terlibat dengan pelacuran kerana pantai hanya merupakan tempat pertemuan dan hubungan seks tidak dilakukan di situ.


Beberapa lelaki yang  di gelar gigolo Bali berkata mereka tertekan dan marah dilabel sebagai gigolo dan menafikan sama sekali menawarkan khidmat seks untuk wang.

Mereka juga mendakwa dokumentari berkenaan adalah satu pembohongan. Tidak wujud ' gigolo Bali' seperti yang di gembar-gemburkan.
 
Mereka mendakwa pelancong asing yang berkunjung ke Bali biasanya suka berhibur, menyanyi, menari, berjenaka. Tidak salah bagi mereka untuk menghiburkan pelancong asing itu kerana kebanyakkan daripada mereka itu kesepian.

Hmm.. macam-macam cara orang zaman sekarang ini mencari sumber pendapatan dengan cara yang mudah. Apa yang penting jangan sampai tergadai maruah diri, bangsa, agama dan negara..


Adios~~~

Tiada Cadangan LRT Gerabak Wanita ?


Baru-baru ini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah pun memperkenalkan gerabak untuk wanita sebagai langkah mengelakkan berlakunya gangguan seksual di dalam keretapi.

Menurut laporan terbaru, Kementerian Pengangkutan tidak bercadang memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita dalam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) seperti mana yang dilakukan oleh perkhidmatan KTM Komuter.


Jika Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lebih menumpukan kepada kehendak dan keselesaan pelanggan namun LRT pula lebih memberi tumpuan untuk memenuhi permintaan tanpa mengira jantina.
Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada inisaitif pihak pengusaha sendiri.

Buat masa ini sistem pengangkutan LRT lebih tertumpu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan seperti mengurangkan masa menunggu bagi menampung jumlah penumpang yang ramai.
 
Apa pendapat anda? Mana yang lebih penting; masa menunggu atau keselesaan?


Adios~~~

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget