Monday, March 24

Pesawat MH370 Sah Terhempas di Lautan Hindi !



BREAKING NEWS


Pesawat MH370 sah terhempas di Lautan Hindi ! Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan MH370 terhempas di Lautan Hindi, di barat Perth, Australia berdasarkan kedudukan terakhir berdasarkan analisis Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB)


Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.


"Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur" kata  Perdana Menteri Datuk Seri Najib.


Sebelum ini, pihak berkuasa Australia mengesan dua objek di kawasan pencarian Australia, satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.




Pihak MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal.


Untuk rekod, penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.


Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370.


Takhziah kepada semua keluarga penumpang MH370...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

No comments:

Post a Comment