Thursday, May 16

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA / Politeknik Premier 2013 Secara Online & SMS



Semakan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier 2013 boleh disemak secara online & SMS mulai 17 Mei 2013. Untuk semakan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier 2013 menerusi online, klik pada link di bawah ini :-


Untuk semakan keputusan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier 2013 boleh disemak secara SMS anda perlu menaip :-


  • UPU RESULT (No kad pengenalan) dan hantar SMS ke 15888.

Semakan juga boleh dibuat melalui talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 dan talian am 03- 88706755/6766


Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPT mulai 18 Mei 2013.
   

Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA/Politeknik Premier sebelum atau pada 24 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi IPTA atau JPP,KPT.

   
Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 24 Mei dan boleh kemukakan permohonan melalui http://upu.mohe.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun ini. 


Tahniah kepada yang berjaya menempatkan diri ke IPTA?Politeknik Premier. Kepada yang kurang bernasib baik tu, anda tak perlu bimbang kerana peluang menyambung pengajian masih luas terbentang dalam IPTS. Yang penting usaha memajukan diri itu perlu ada....



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

No comments:

Post a Comment