Saturday, April 6

Toyota Vios Baru 2013 (Generasi Ke 3) Dah Memasuki Pasaran Thailand !



Toyota Vios baru 2013 telahpun dilancarkan di Thailand baru-baru ini. Dijangkakan Toyota Vios baru 2013 akan memasuki pasaran Malaysia hujung tahun 2013. Pasti ramai yang tertungu-tunggukan penampilan terbaru Vios ini kan. 


Tambahan pula model pertama dan kedua Vios sangat berjaya di pasaran Malaysia sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia bagi saya agak mahal.


Jom kita terjah model Toyota Vios generasi ke 3 2013 yang memasuki pasaran Thailand baru-baru ini. 




Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan amat berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang yang menampakkan seperti model kereta di pasaran Jepun dan Eropah.


Untuk pasaran Thailand, 4 varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual 5 kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan standard.


Ini pula ruang dalaman (interior) Toyota Vios 2013.




Memang nampak ciri-ciri mewah dan elegan pada permukaan dalam model kereta ini menepati citarasa peminat kereta masa kini. Permukaan dashboard dan stering jauh berbeza dengan model terdahulu.  


Menurut sumber, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik 4 kelajuan, termasuk versi manual 5 kelajuan.




Sistem gantungan (suspension) juga masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya. Mungkin Toyota ada jawapan kenapa tiada perubahan pada sistem ini. 


Jom kita terjah harga pasaran Toyota Vios 2013 ini di Thailand :-

  • Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
  • Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
  • Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
  • Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
  • Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
  • Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)




Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, anda boleh melayari terus laman sesawang Toyota Thailand untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenainya. Tak sabar nak tengok sambutan rakyat Malaysia mengenai model ini apabila dilancarkan di Malaysia tak lama lagi... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

7 comments:

  1. Depan mcm Civic+Evo
    Belakang macam Altis
    Keseluruhan, mantop..

    ReplyDelete
  2. Depan mcm Civic+Evo
    Belakang mcm Altis
    Terbaikk..

    ReplyDelete
  3. Di malaysia boleh dpt harga mcm yg di thailand kan bagus...

    ReplyDelete
  4. Mmng lawa...dah tgk haritu kat thailand...smart...

    ReplyDelete
  5. Mrah skit sja dr malaysia tp myk mhal kt sna

    ReplyDelete