Dividen ASB 2012 akan diumumkan pada 21 Disember 2012. Dividen + bonus ASB dan ASN 2012 dijangkakan lebih tinggi dan kompetitif berbanding tahun lepas menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Pastinya pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) 2012 amat ditunggu-tunggu pelabur-pelabur unit dana ini maklumlah "khabar baik" ini sedikit banyak dipengaruhi oleh Pilihanraya ke 13 semakin hampir.
Jom kita terjah rekod dividen dan bonus ASB dari 1990-2011 :-
Untuk rekod, Permodolan Nasional Berhad (PNB) masih mampu memberikan dividen + bonus ASB pada kadar 10.50% pada tahun 1998 iaitu zaman kegawatan ekonomi. Memang tak rugilah melabur dalam ASB ini.
Macam mana sebenarnya pengiraan dividen dan bonus ASB ni? Sebenarnya pengiraan bagi kedua-dua hasil pendapatan adalah berbeza. Secara penerangan kasarnya adalah seperti berikut :-
Dividen
- Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember pada tahun tersebut.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 12 bulan) * kadar dividen
Bonus
- Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun terakhir.
(Hasil tambah baki minimum setiap bulan / 120 bulan) * kadar bonus
Kalau anda nak gandakan dividen ASB anda apa kata kalau anda buat pelaburan ASB atau lebih dikenali sebagai ASB Loan di Maybank. Bab halal haram tuu, tak payah nak berbalah, kerana mengikut pendapat fatwa kebangsaan yang kata pelaburan ASB itu hukumnya HARUS! sebab maslahat umat Islam.
Bagi yang nak tahu apa tujuan dan kebaikan pelaburan ASB @ ASB Loan ini anda boleh klik di pautan ini Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?
Kepada golongan bumiputera di luar sana, anda digalakkan menyimpan dalam ASB kerana dividen diberikan biasanya lebih dari 8% berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa yang memberikan antara 0.3%-1.75% sahaja. Kan jauh bezanya...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~
wowo..berita gembira nie...nasib baik dh buat loan ASB...
ReplyDeleteSebenarnya buat loan hanya bagus kalau kita tak berdiaplin buat simpanan tetap asb. loan tak banyak untung juga. interest dlm 6.75%. dividen dlm 8.25%. Kita dpt 1.5% je sebenarnya. drpd 10k loan, dividen kita dpt sebenarnya rm150 sahaja. yg lain tu pulangan interest yg kita bayar tiap2 bulan.
DeleteKiraan untung 1.5% melalui pinjaman asb salah
DeleteThanks tuan tanah for the info.. :)
ReplyDeletenasib baik ada melabur sikit2..
ReplyDeletesabar menanti pengumuman..
ReplyDeletejangan lupa, tolak 2.5% zakat keuntungan pelaburan tu ye...
ReplyDelete- www.FaridAdam.com -
salam, kat mana nk byr 2.5% keuntungan tu?
ReplyDeleteKat pusat kutipan zakat, skrg kat pejabat pos pon boleh, online pon bole if im not mistaken
ReplyDeleteLoan rhb easy asb ok x?
ReplyDeleteLoan rhb easy asb ok x?
ReplyDeleteTuan tanah, ASB dihukum harus tp loan ASB tu yg ada RIBA, alhamdullilah maybank dah buat balik Islamic loan utk ASB, bnk lain masih konvensional ( sejauh yg sy tanya bulan lepas). So, pandailah memilih. Pas tu jgn lupa kuar zakat, bulanan kita byr x 12 +dividen = lebih 13k, byr ler 2.5% kat pusat zakat,. Baru berkat! Amin!
ReplyDeleteKenapa islamic loan interest lebih tinggi dari conventional? And unlimited kan?
DeleteSudah umum...div 7.75sen n bonus 1.25sen.boleh tgk utusan online....alhamdulillah
ReplyDeleteSudah umum...div 7.75sen n bonus 1.25sen.boleh tgk utusan online....alhamdulillah
ReplyDelete