Monday, November 12

Jersi Baru Malaysia 2012/2013 (Bola Sepak)



Jersi baru Malaysia 2012/2013 (bolasepak) telahpun dilancarkan. Jersi baru Malaysia 2012/2013 akan digunakan secara rasmi pada Piala AFF Suzuki 2012 ini.


Majlis pelancaran jersi baru skuad bolasepak Malaysia ini dilancarkan pada 12 November 2012 di Wisma FAM Kuala Lumpur.


Jersi baru Harimau Malaya ini masih mengekalkan syarikat pengeluar barangan sukan terkenal dunia (NIKE) sebagai pengeluar rasmi jersi Malaysia.




Bagi ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim,beliau mengharapkan jersi baru ini mampu membakar semangat dan menaikkan moral rakan sepasukan untuk beraksi cemerlang dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF suzuki edisi kali ini


Peminat bola sepak tempatan boleh mendapatkan jersi baru Harimau Malaysia di Kedai sukan NIKE mulai 15 November 2012 ini dengan harga runcit RM229.


Apa pendapat anda tentang jersi baru ini. Secara peribadi saya lagi suka lagi dengan jersi sebelum ini yang nampak lagi garang dan cantik. Apa pula pendapat anda ?...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~~

4 comments:

  1. Buruk. Mcm dh takde idea. Jersi biru 2009 (asia games) is d best. Tp dgr2 jersi biru yg baru ni lg cantik dr yg kuning.

    ReplyDelete
  2. nice gak.. kalau warna hitam kt tgah2 pon mesi lawa gak

    ReplyDelete
  3. Mahal gila aku baru beli jersi ni semalam RM37

    ReplyDelete