Tuesday, September 6

Jumlah Kutipan Filem Hantu Bonceng Terkini : 5 Hari RM5 Juta !




Jumlah kutipan filem Hantu Bonceng terkini ialah RM5 juta dalam 5 hari tayangan. Sekaligus kutipan tiket terbesar pada musim perayaan kali ini. Secara purata RM1 juta diraih setiap hari. Setakat ini dianggarkan lebih 500,000 penonton telah menonton filem Hantu Bonceng di pawagam.


Kalau trend jumlah kutipan filem Hantu Bonceng ini berterusan ada harapan nak raih RM 10 juta atau mengatasi jumlah kutipan filem KL Gangster, RM11.74 juta iaitu jumlah paling tinggi dalam sejarah filem malaysia.


Di mana kekuatan filem Hantu Bonceng ini ya? Mungkin disebabkan kehadiran Zizan Raja Lawak sebagai watak utama. Maklumlah nama Zizan Raja Lawak semakin meletup sejak akhir-akhir ini.


Atau mungkin juga di sebabkan cuti musim perayaan yang panjang ramai yang ke pawagam untuk menonton filem. Tambahan pula filem dari Hollywood tak ada yang betul betul "Boom" untuk ditonton.  


Filem ke-23 karya pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini dibintangi oleh Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid AF itu mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam secara serentak di seluruh tanahair, Singapura dan Brunei.


Sebenarya ramai yang bagi good review tentang filem ini termasuklah dari kawan-kawan dan dari blog-blog hiburan. Kalau nak tahu bagus ke tidak filem ini kenalah tonton di pawagam.... 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~~

4 comments:

  1. fuyoo! memang layak sangat ah. best cite ni. hehe

    ReplyDelete
  2. sy dh tgk n sy sgt suka, bukan sbb ada zizan, tp jalan cerita dan lawak dia yg best

    ReplyDelete
  3. ORANGPERLIS MENULIS (update):
    : Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan


    review yang good x semestinya tunjukkan filem tu best. it's subjective

    ReplyDelete