Monday, August 8

Tragedi Tanah Runtuh Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands 7 Ogos 2011




BREAKING NEWS



Tragedi Tanah Runtuh Kampung Orang Asli Sungai Ruil Cameron Highlands yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang 7 Ogos 2011 telah mengorbankan 7 nyawa dan 2 orang cedera parah.


Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa 8 jam untuk mengeluarkan semua 9 mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands ini. 


Operasi menyelamat bermula 6.15 petang (7 Ogos 2011) dan ditamatkan pada 2.15 pagi (8 Ogos 2011) selepas mangsa terakhir ditemui kira-kira 1.20 pagi.




Operasi melibatkan 248 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan Smart dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands.


60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di Cameron Highlands.


Untuk rekod ini, tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands ini adalah yang pertama berlaku selepas Tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat pada 21 May 2011.


Punca kejadian ini masih di siasat. Kemungkinan besar berpunca dari hujan lebat yang berterusan melanda sejak-akhir ini atau mungkin dari pembangunan di lereng bukit yang tidak mengikut spesifikasi yang di tetapkan.. Wallahualam..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

2 comments:

  1. dugaan Allah d bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  2. tak mustahil kalau runtuh pasal pembangunan yg tak terancang... tak mustahil akan ada lagi tempat yg runtuh kat Cameron ni... awal tahun hari tu bercuti kat Cameron - banyak sangat yg ditarah dah... :(

    ReplyDelete