Thursday, August 18

Tony Fernandes Sah Beli Queen Park Rangers (QPR)



Menurut sumber, Tan Sri Tony Fernandes sah beli Queens Park Rangers (QPR) iaitu kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli 66% pegangan.


Beliau dilaporkan membeli saham pemilik Formula 1, Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak 5 tahun lepas dan beliau telah lama menyatakan hasrat mahu menjualnya.


Tan Sri Tony Fernandes yang sah beli Queens Park Rangers (QPR) yang juga merupakan pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Team Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton di mana QPR dibelasah 0-4. 


Tan Sri Tony Fernandes berjanji membawa masuk 4 pemain baru untuk memperkuatkan pasukan sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir.




Ini menjadikan Tony Fernandes yang sah beli Queen Park Rangers (QPR) menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. 


Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.


Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari sekitar jam 5 petang ini bagi mengumumkan pengambilalihan QPR oleh Tan Sri Tony Fernandes. 


Di harapkan Tony Fernandes boleh membawa pemain bolasepak Malaysia untuk menyarung jersi QPR atau sekurang-kurangnya menjalani latihan bersama demi membantu meningkatkan mutu bolasepak Malaysia. 



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

2 comments: