Tuesday, August 16

Tips Mencegah Bau Mulut Di Bulan Puasa



Tahukah anda ketika kita berpuasa, penghasilan air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurangan sehingga menyebabkan ia menjadi kering. Akibatnya timbul masalah halitosis atau bau mulut.


Bau mulut disebabkan penyakit yang datangnya dari gigi dan mulut seperti gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis yang menyebabkan nafas berbau.


Sebenarnya bau mulut terutamanya ketika menjalani ibadah puasa tak perlu dirisaukan. Kali ini admin nak share beberapa tips dari Holistic Care Dental Clinic untuk mencegah bau mulut terutamanya di bulan puasa ini.



1. Menggosok gigi dan lidah setiap hari




  • Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah setiap hari. Bersihkan celah-celah gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cairan kumur, jangan memakai cairan yang kandungan alkohol di atas 25% kerana berisiko mendapat kanser rongga mulut.



2. Lakukan pemeriksaan gigi di klinik

  • Buatlah temujanji dengan doktor gigi Anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali untuk tujuan pemeriksaan. Bila ada waktu, lakukan spa gigi 2 kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.



3. Hindari rokok dan alkohol




  • Hindari rokok dan alkohol kerana anda mudah di jangkiti gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan penghasilan air liur yang akan menyebabkan bau mulut.


4. Makan banyak buah-buahan.



  • Makanlah banyak buah-buahan untuk mencegah bau mulut seperti apple. Teh hijau yang mengandungi bahan aktif catechin dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.



6. Banyakkan minum air putih




  • Banyakkan minum air putih minimum 1 liter atau 8 gelas sehari dari waktu berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.



Sebenarnya bila kita mengalami masalah bau mulut ini menyebabkan kita sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan kita akan hilang keyakinan diri. 


Tidak di nafikan komunikasi amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu adalah penting untuk mengamalkan petua-petua di atas agar dapat kita menghindarkan diri dari masalah bau mulut terutamanya ketika bulan puasa ini...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

5 comments:

  1. memang tak selesa kalo nak berckp dgn orng kalo mulut bau,..thanks la untuk tips ni

    ReplyDelete
  2. klu bau, paling tmpat lain..hehehe

    tpi mmg kite takleh cover muka kite klu terbau something kan...

    ReplyDelete
  3. air masak same tak dengan air putih..?
    thanks for the tis boss.
    :D

    ReplyDelete
  4. 8 gelas nak minum air masak time sahur...cabaran yang perit tuh.

    ReplyDelete