Nampaknya pertukaran saham antara MAS dan Air Asia telah pun menjadi kenyataan dengan Khazanah Nasional yang menguasai 70% kepentingan dalam MAS memeterai perjanjian pertukaran saham dengan Tune Air Sdn Bhd, syarikat pemegang saham utama AirAsia.
Khazanah dan Tune Air turut bersetuju membeli saham sedia ada MAS dan AirAsia yang menyaksikan Tune Air menguasai 20.5% kepentingan dalam MAS, manakala Khazanah memperoleh 10% kepentingan dalam AirAsia.
Ini menyaksikan setiap 1 pemegang saham MAS diberikan satu waran dalam AirAsia bagi setiap 30 saham, manakala setiap pemegang saham AirAsia pula diberikan satu waran MAS bagi setiap 10 saham.
Walaubagaimanapun, Khazanah kekal sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam MAS dengan menguasai 49% kepentingan.
Apa rasionalnya pertukaran saham ini ya? Mungkin beberapa hujah di bawah ini akan menjawab mengapa perlunya pertukaran saham MAS dan Air Asia ini.
- MAS berhadapan dengan banyak masalah dan banyak kali duit khazanah digunakan untuk menyelamatkan operasi syarikat MAS ini. Sejak Tony Fernandes mengambil alih AirAsia yang dulunya hampir bankrup, “market capitalization” AirAsia adalah 2 kali ganda lebih daripada MAS iaitu RM 11 bilion, berbanding MAS RM 5 bilion.
- Selepas Idris Jala dipanggil Perdana Menteri ke kabinet, keuntungan yang dijana oleh MAS sepanjang Idris Jala menjadi CEO MAS jatuh teruk dan mencatat kerugian RM 242.3 juta, berbanding untung RM 310.6 juta dalam tempoh yang sama semasa era Idris Jala.
- Saham AirAsia berada pada kedudukan RM 3.95 per share, berbanding RM 1.60 per share untuk MAS. Memang jauh tercicirnya kedudukan MAS berbanding AirAsia.
Apa kesannya dari Pertukaran Saham Air Asia Dan MAS ini ya?
- Kesan negatif yang mungkin timbul ialah monopoli yang mana akan menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka.
- Kesan positif yang mungkin timbul ialah membantu memulihkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan perjalanan jauh utama. Ini membolehkan MAS memberi tumpuan kepada segmen premium dengan pulangan hasil yang lebih baik.
Atau mungkin terlalu awal untuk berbicarakan soal kesan positif atau negatif kerana belum ada petunjuk rasmi yang menjurus ke arah itu. Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu dan lihat...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
setuju dengan kesan yg pertama tu..nnt bila monopoli dah dikawal sepenuhnya satu pihak je, takde kebaikan yg akan diperolehi..cth mcm astro..apa pun harap adalah perubahan yg baik untuk MAS nnt..
ReplyDeleteAir Asia memang terbaek!!! MAS gila mahal kot.. Huhh!!! Lagi pun sangat selesa lah pakai Air Asia walau terpaksa jalan kaki jauh bila turun kat LCCT.. Tapi takpe, jalan kaki itu menyihatkan badan.. Hehehe..
ReplyDelete*Psstttttt, bila nak g Sarawak??? Jom,..
Entry Terbaru : Isu Murtad dan Siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara?
xpenah naik kapal terbang. xtau yang mana lebih bagus. huhu
ReplyDelete