Mulai 1 Ogos 2011 @ 1 Ramadhan 1432 Hijrah, seluruh umat Islam di Malaysia akan mengerjakan ibadat berpuasa selama sebulan.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ini telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru, Datuk Syed Danial Syed Ahmad setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja pada malam 31 Julai 2011.
Bercakap soal puasa ini rasanya tak lengkap kalau tak melafazkan niat puasa. Jom sama-sama baca niat puasa Ramadhan ini :-
Bagi yang memiliki anak-anak yang berusia 7 tahun ke atas tu bolehlah mula mendidik mereka untuk belajar berpuasa. Jangan paksa mereka puasa penuh seperti orang dewasa pula.
Mulakan dengan separuh hari dulu untuk membiasakan diri mereka berpuasa. Jangan lupa ajar mereka untuk menghafal niat puasa Ramadhan ini. Tak susah pun. Ayat nya pun pendek sahaja.
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).
Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Selamat menjalani Ibadah Berpuasa di bulan Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
No comments:
Post a Comment