Saturday, August 20

Keputusan Arsenal VS Liverpool Live English Premier League (EPL) 20 Ogos 2011



KEPUTUSAN PENUH : ARSENAL 0-2  LIVERPOOL
ENGLISH PREMIER LEAGUE (EPL) 20 OGOS 2011


LATEST UPDATE


Arsenal kalah 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan yang di adakan di Stadium Emirates dalam keadaan hujan.


Gol Liverpool hasil jaringan sendiri pemain Arsenal, Aaron Ramsey (o.g) minit ke 78 dan Luis Suarez minit ke 90 permainan sekaligus kemenangan pertama Liverpool musim ini dan kekalahan pertama Arsenal.


Malang buat Arsenal apabila kehilanagan Laurent Koscielny minit ke 15 akibat kecederaan lalu di gantikan dengan pemain muda, Ignasi Miguel. Nasri pula dalam senarai kesebelasan utama tetapi menerima sambutan dingin penyokong Arsenal.


Pemain muda Arsenal , Emmanuel Frimpong dilayangkan kad merah minit ke 70 setelah mengasari Lucas Leiva. Kekurangan seorang pemain di atas padang menyebabkan Arsenal kurang kreatif  menjana serangan. 




Kemasukan Luis Suarez dan Raul Meireles di babak kedua permainan nyata merubah rentak permainan Liverpool sehingga berjaya membolosi gawang Arsenal 2 kali. Pepe Reina pula  di lihat jarang di uji dengan percubaan berbahaya di pintu gol Liverpool. 


Nampaknya Arsenal mempunyai masalah besar di bahagian tengah dan pertahanan. Arsene Wenger perlu melakukan pembelian pemain baru yang berkualiti untuk memperkuatkan pasukan jika mahu terus bersaing memburu trofi musim ini.


Liverpool pula di lihat cemerlang setakat ini dengan persembahan berkualiti dari pemain baru Charlie Adam, Henderson dan Steward Downing. Cuma Andy Caroll yang masih gagal menjaringkan gol walaupun di hidangkan dengan banyak hantaran berkualiti.


Apa-apa pun masih awal untuk meramalkan kelab yang lebih baik. Masih ada ruang untuk di perbaiki kerana pintu perpindahan pemain masih lagi belum di tutup..



PREVIOUS ENTRY


Malam ini pastinya peminat Liga Perdana Inggeris akan ternanti-nantikan keputusan Arsenal VS Liverpool live English Premier League (EPL) 20 Ogos 2011. 


Ini perlawanan kedua liga buat kedua-dua kelab gergasi England ini. Untuk rekod kedua-dua kelab mencatatkan keputusan seri pada perlawanan pertama di mana Arsenal seri dengan Newcastle 0-0 manakala Liverpool seri 1-1 dengan Sunderland.


Pertembungan penting ini berlangsung ketika kesuraman masih menyelubungi Gunners berikutan kehilangan ketua pasukan, Cesc Fabregas manakala Samir Nasri pula semakin hampir ke Manchester City.


Pastinya kedua-dua mahukan kemenangan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates ini. Apa kata kita lihat kemungkinan kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :- 





Di atas kertas tampak Liverpool punyai peluang cerah untuk menang apabila hampir kesebelasan utamanya cergas untuk bermain kecuali Steven Gerrard, Glen Johnson dan Martin Skrtel yang masih cedera.


Kem Arsenal pula keadaan semakin buruk apabila ketiadaan 8 pemain utama Gunners antaranya Gervinho dan Alex Song yang digantung perlawanan, sementara Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Johan Djourou, Tomas Rosicky, Armand Traore dan Abou Diaby masih dibelenggu kecederaan.


Harapan Arsenal terlatak di bahu Robin Van Persie, Theo Walcott dan Andrey Arshavin untuk mencari gol manakala Samir Nasri di jangkakan akan diturunkan meskipun di ambang perpindahan ke Manchester City.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan Arsenal VS Liverpool live English Premier League (EPL) 20 Ogos 2011 ini jam 7.40 malam di Astro ESPN saluran 812.


Keputusan @ result Arsenal VS Liverpool akan di kemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat.. Ramalan admin : Arsenal 1-1 Liverpool..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~ 

3 comments:

  1. tension betul ngan keputusan ini. game pertama pun kena kad merah, kedua pun kena, anyway kena fokus lawan udinese (betul ke eja) untuk kelayakan champions league minggu depan

    ReplyDelete
  2. Bro, boleh tau tak camana nak dptkan pic barisan kemungkinan player sblm match yg bro post tu, tq.

    ReplyDelete