BREAKING NEWS
Tiket perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula dijual mula 26 Julai 2011 mulai 9 pagi hingga hari perlawanan pada 28 Julai 2011, khamis ini.
Untuk makluman, perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dijadualkan bermula pukul 8.45 malam.
Menurut laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), tiket Malaysia VS Singapura ini mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.
Manakala penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.
Tiket Malaysia VS Singapura ini berharga RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Peminat-peminat yang ingin membeli tiket Malaysia VS Singapura secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my
Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan Kelayakan pada 1974 di Jerman.
Apa lagi jom kita ramai-ramai penuhkan stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam perlawanan Malaysia VS Singapura perlawanan kedua (2nd leg) Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
tengok kt tv je la..leh lompat2 mak mertua pon x tgok..=p
ReplyDeletefuh! gua rasa bersemangat nk meramaikan stadium nih!
ReplyDelete