Wednesday, July 6

Produk Nestle Naik Harga 7% Mulai 1 Julai 2011 ?



Nampaknya pesta harga barang naik berterusan apabila banyak pengusaha makanan menunggu giliran menaikkan harga jualan produk masing-masing.


Yang terbaru ialah Nestle yang di jangka akan menaikkan harga produk mereka kepada 7% mulai 1 Julai 2011 ini.

 
Untuk rekod, Nestle ini dah naik harga sejak 1 Mei 2011 lagi sebanyak 6% selepas kenaikkan harga gula sebelum itu. 


Banyak produk Nestle sinonim dengan kehidupan kita antaranya Milo, Nescafe dan Maggi. Hampir setiap rumah pasti ada produk Nestle ini dan ada sebahagian produknya sukar di cari ganti seperti Milo.


Keadaan bertambah teruk apabila Hari Raya Aidilfitri dah tak lama dah dan banyak kuih raya yang dibuat berasaskan produk Nestle. Ini bermakna perbelanjaan untuk Hari Raya kali ini pasti bertambah.


Untuk rekod, sejak daripada awal bulan Jun 2011 lalu, diesel bersubsidi telah pun dipotong, TNB menaikkan tarif elektrik dan kemudian harga gula telah naik sekali lagi.


Kemudian bagi senarai harga barang yang naik termasuklah harga roti Gardenia, harga ikan, harga ayam, harga susu dan lain-lain lagi.




Nak salahkan Nestle 100% tak boleh juga sebab kenaikan harga adalah berasaskan kenaikan harga gula, tarif elektrik dan kenaikan upah sewa lori.
  

Apabila kos operasi meningkat, mahu tidak mahu mereka perlu lakukan sesuatu dan antara pilihan yang ada ialah menaikkan harga jualan produk. Mereka kan orang bisnes.


Walaupun kerajaan meminta pengusaha untuk tidak menaikkan harga barangan setiap kali kerajaan melakukan pemotongan subsidi namun selama mana pengusaha ini dapat bertahan. Mereka juga perlu memikirkan soal keuntungan.


Kesimpulannya apabila harga barangan naik harga, kita sebagai penggunalah yang menerima akibatnya. Terimalah hakikat nilai mata wang kita makin rendah. Kalau pergi beli barang dengan bawa duit bernilai RM50 berapa sahaja yang boleh dibeli..


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~~ 

6 comments:

  1. Nestle bukan kerajaan ye, dorang nak untung lebih2!!! Cis!!! Sama cam ASTRO.. Kurang ajar lah.. Kalo gula mahal kurangkan gula!!! Geram ni.. Aku dah lama tak minum milo.. Kitorang beli vico.. Murah sikit.. Emak aku je minum nescafe 3 in 1.. Itu takpelah.. Yang milo tu aku rasa bodoh sangat.. Melampau harga sepeket yang 3 in 1 tu.. Dalam RM17 gitu.. Giler!!! Dulu RM12 jek..

    ReplyDelete
  2. maggi and nescafe mmg takdek dalam kabinet akak..nampak nye lepas ni nk slash milo pulak lah..ganti ngn vico :D

    ReplyDelete
  3. skrg ni kalau rm50 xpayah la nak ambil troli kalau kat pasaraya. bawak bakul pn bleh jadi lebih dari rm50. hehe.

    heartbeat saya baru ada 84sen la awak :(

    ReplyDelete
  4. 2 la..x lame lg .top up plak de charge.adoi!

    ReplyDelete
  5. alamak semua benda naik sekarang

    ReplyDelete
  6. aduhai....
    dah la suka guna brg nestle.

    ReplyDelete