Tuesday, July 19

Kuih Raya Aidilfitri 2011 Sudah Mula Di Jual !



Walaupun masih ada 2 minggu sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan namun berdasarkan tinjauan rambang, kuih raya untuk Hari Raya Aidilfitri 2011 sudah mula dijual !


Baru-baru ini saya berkesempatan ke Carrefour Wangsa Maju. Saje je nak jalan-jalan cuci mata. Tiba-tiba  ternampak di 1 section yang menawarkan kuih-kuih raya Aidilfitri 2011 untuk dijual. 


Sebut je nama kuih raya apa semua ada contohnya Tat Nenas, London Almond, kuih Makmur, kuih Mazola,  kuih badam colat, dan kuih samprit semua ada.




Hebat betul, bulan Ramadhan pun belum lagi tapi kuih raya dah mula dijual. Nampaknya ramai pengusaha kuih raya mengambil tempahan membuat kuih raya lebih awal.


Ada bagusnya juga pengusaha kuih raya ini membuat kuih raya lebih awal sebelum bermulanya puasa. Manalah tau kan adunan kuih raya terlebih manis ke tak cukup rasa ke boleh lah mereka ini cuba dulu. 


Nanti kalau jual kuih raya tak cukup rasa, ramai pelanggan akan lari pula nanti. Silap-silap raya tahun depan nanti dah tak ada job. 




Dari segi harga tak la mahal sangat. Ada yang berharga RM 10, RM15 dan RM20 sebalang  mengikut jenis kuih raya.


Kalau yang jenis-jenis mcam rempeyek dan kacang dijual dalam RM10. Kalau kuih moden biasanya RM15 dan RM20. 


Bagi saya harganya murah sebab kalau beli di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Masjid India harga sebalang boleh mencecah lebih RM 30 sebalang. 


Boleh dapat harga yang jauh lagi murah di Jalan Tunku Abdul Rahman atau Masjid India tapi tunggu lah malam raya. Persoalannya sanggupkah anda nak tunggu sampai malam raya? Kalau anda beraya di Kuala Lumpur bolehlah tunggu.  




Belek punya belek terjumpa pula kuih raya favorite saya iaitu biskut Mama Carey yang berharga RM13. Kecur air liur kuih raya ni. Kalau tak makan kuih Mama Carey ni time raya maka tak lengkaplah Hari Raya saya.  


Mama Carey ni biasanya orang buat bila Hari Raya je. Hari lain memang susah nak jumpa. Di sebabkan itu, saya beli lah 1 balang. 


Walaupun orang sinonimkan kuih raya murah biasanya tak sedap tapi bagi saya kuih Mama Carey ni not bad at all. Saya bagi 8 out of 10.   


Bila dah makan kuih raya ni bermakna saya dah beraya dulu lah walaupun belum mula berpuasa. Ada sesetengah shopping complex dah mula jual baju raya. Kalau tak nak letih shopping raya semasa bulan puasa nanti eloklah beli sekarang...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~

3 comments:

  1. semangat betul nak beraya ni..!!

    ReplyDelete
  2. tula. ramai kwn2 pun dah start jual. nti nk jual jugak lah... sila beli tauuu =p

    ReplyDelete
  3. saya xleh la kalau beli skrg. xsempat raya dah abis. hahha.. kalau beli smggu sblum raya pn. skrg2nya dh abis separuh =p

    ReplyDelete