KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-1 CHELSEA
Separuh masa pertama berlangsung dengan Chelsea banyak mendominasi permainan dengan meletakkan 5 permain di bahagian tengah.
Namun begitu skuad pilihan Malaysia tidaklah mengecewakan apabila berjaya mengekang banyak pergerakan Chelsea dari membolosi gawang Malaysia.
Percubaan terbaik hadir menerusi Frank Lampard minit ke 17 atas kesilapan pertahanan Malaysia yang gagal melakukan clearance dengan baik . Namun percubaan Lampard tidak tepat.
Percubaan terbaik hadir menerusi Frank Lampard minit ke 17 atas kesilapan pertahanan Malaysia yang gagal melakukan clearance dengan baik . Namun percubaan Lampard tidak tepat.
Fernando Torres juga mendapat peluang yang baik namun dapat dapat dihalang S.Subramaniam.
Frank Lampard juga terlepas sekali lagi peluang menjaringkan gol setelah terlepas hantaran dari kanan padang walaupun pertahanan Malaysia sudah tertewas.
Tahniah kepada penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias yang banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibocori.
Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan. Tahniah kepada pemain Malaysia yang berjaya mengekal kedudukan seri tanpa jaringan.
Separuh masa kedua bermula dengan Chelsea memasukkan hampir kesemua kesebelasan utamanya termasuk John Terry, Didier Drogba dan Nicholas Anelka.
Ini menyebabkan pasukan Malaysia lagi sukar untuk mengusai permainan terutamanya di bahagian tengah. Ball possession Malaysia 30% - 70% Chelsea.
Malaysia mendapat peluang terbaik menerusi Sazrul Azwari menerusi kanan padang sehingga berjaya menewaskan John Terry namun sepakannya terlalu tinggi.
Irfan melakukan percubaan terus ke gawang gol apabila dapat mengesan berlalunya hantaran pendek yang lemah ke arah John Terry namun percubaannya tidak tepat.
Daniel Sturridge melakukan percubaan terbaik minit ke 70 tetapi dapat ditepis Farizal Marlias menggunakan kaki. Walaubagaimanapun Farizal dikeluarkan bagi memberi laluan buat penjaga gol muda Skuad Olimpik.
Chelsea berjaya mendapat gol pertama menerusi free kick Didier Drogba yang terkena tiang gol lalu melantun ke atas garisan gol dan dapat diselamatkan.
Namun penjaga garis membenarkan gol ini. Gol yang sungguh kontroversi kerana pemain Malaysia mendakwa bola tidak melepasi garisan gol.
Malaysia nyaris mendapat gol penyamaan menerusi Tamil Arassu yang melepasi off side pemain pertahanan Chelsea namun sedikit tersasar. Ini percubaan terbaik malaysia.
Wisel ditiupkan tanda permainan ditamatkan. Tahniah buat Malaysia yang berjaya mengekang Chelsea yang hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja.
Itu pun gol yang penuh kontroversi. Nampaknya Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam bolasepak !
Itu pun gol yang penuh kontroversi. Nampaknya Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam bolasepak !
Apa-apapun Terima Kasih kepada Farizal Marlias yang menjadi hero Malaysia dalam perlawanan ini..
Malam ini pastinya ramai peminat bolasepak akan ternanti-nantikan keputusan perlawanan antara pilihan Malaysia VS Chelsea live Asia Tour 2001 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam 21 Julai 2011.
Untuk rekod, dalam 2 perlawanan persahabatan sebelum ini, Malaysia bimbingan Datuk K Rajagopal tunduk 0-4 kepada Arsenal pada 13 Julai 2011 dan kalah 3-6 kepada Liverpool pada 16 Julai 2011.
Apa yang bezanya ialah kini giliran skuad pilihan Malaysia (pemain senior + skuad Olimpik) bimbingan Ong Kim Swee pula untuk berdepan Chelsea di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Pilihan Malaysia merupakan skuad gabungan 9 pemain senior Liga Super yang tidak terpilih untuk menganggotai skuad kebangsaan dan 12 pemain skuad Olimpik negara.
Manakala pemain skuad kebangsaan tidak dibenarkan beraksi menentang Chelsea kerana mereka sudah pun berlepas ke Singapura pagi ini untuk aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar pada Sabtu ini.
9 pemain senior yang dipaggil untuk perlawanan Malaysia VS Chelsea ialah Norhafiz Zamani Misbah, Amri Yahyah, Badhri Radzi, Shahrulnizam Mustapa, Hairuddin Omar, Daudsu Jamaluddin, S.Subramaniam, Joseph Kalang Tie dan bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.
Manakala pemain skuad Olimpik yang bakal beraksi ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Zubir Azmi, Irfan Fazail, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Amer Saidin dan lain-lain.
Persoalan yang timbul sekarang ada tak siaran langsung Malaysia (live) VS Chelsea di TV? Kalau tiket dapat dijual melebihi 90%, ada harapan disiarkan di Astro.
Menurut Sharinginfoz, Astro telah mengumumkan perlawanan Malaysia VS Chelsea live boleh ditonton di :-
- Astro Super Sport 3 channel 817: 8.15 malam
- Astro Super Sport 3 HD channel 831: 8.15 malam
- Astro Arena channel 801: 8.45 malam
Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia VS Chelsea live Asia Tour 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan boleh ditonton di kaca TV di saluran yang dinyatakan di atas.
Keputusan @ result Malaysia VS Chelsea akan dikemaskini di blog ini sejurus perlawanan tamat. Mungkin pihak admin sedikit terlewat mengemaskini kerana pihak admin akan ke stadium menyaksikan secara live perlawanan ini...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
1-0. Congrat Chelsea, Syabas squad Malaysia
ReplyDeletehttp://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2011/07/mencari-chelsea-team-di-stamford-bridge.html
tahniah kpd team malaysia! =D
ReplyDelete