Tuesday, July 12

Forced Engagement Kit : Alat Yang Akan Mengingatkan Anda Supaya Segera Berkahwin !



Memperkenalkan inilah dia Forced Engagement Kit iaitu alat yang dicipta untuk mengingatkan pasangan yang sudah lama berpacaran supaya segera berkahwin. Menarik kan bunyinya !


Kit dalam bentuk pakej hadiah ini akan membuat kekasih anda sedar bahawa anda ingin segera menikah dan di dalamnya terdapat banyak benda yang membuat kekasih anda berfikir untuk segera menerima lamaran anda.




Antara isi di dalam kit yang berbentuk pakej hadiah ini ialah:

  • Cincin tunangan
  • Sijil pernikahan
  • Tabung berbentuk babi sebagai simbol bahawa dah sampai masanya menabung untuk pernikahan
  • Jam alarm yang menghitung berapa usia perhubungan yang  sudah terjalin.




Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma kirimkan sahaja pakej ini ke rumah kekasih anda melalui kurier dan semoga kekasih anda sedar bahawa sudah tiba masanya untuk dia melamar anda.


Harga sebuah Forced Engagement Kit  ini ialah sekitar 9.248 Yen ( hampir Rp. 1 juta). Kalau dalam RM, kiralah sendiri hehe..


Setakat ini, saya belum pernah lagi melihat kit ini dijual di mana-mana kedai atau shopping complex di Malaysia. Mungkin alat ini sesuai dijual kepada mereka yang malu melamar sang kekasih..



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~

4 comments: