BREAKING NEWS
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali telah meninggal dunia akibat kanser kira-kira 10.15 malam 17 Julai 2011 di Hospital Selayang.
Jenazah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali kini sedang diusahakan dan akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat dan akan di kebumikan awal pagi esok 18 Julai 2011 di tanah perkuburan Datuk Keramat.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamah seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kematiannya juga tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan kerana penggal Parlimen ke-12 sudah mencapai tempoh mandat 3 tahun.
Mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kematiannya juga tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan kerana penggal Parlimen ke-12 sudah mencapai tempoh mandat 3 tahun.
Allahyarhamah Dr Lo’Lo yang meninggal dunia akibat kanser ini adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda Parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon Barisan Nasional, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Dr Lo Lo. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
Al-Fatihah...
ReplyDelete