Thursday, July 21

Auto Wedding Machine : Bernikah Tanpa Tok Kadi ?


Nampaknya hidup manusia semakin mudah dengan adanya teknologi sehingga kalau anda mahu bernikah pun boleh dilakukan sangat cepat dengan bantuan teknologi.


Auto Wedding Machine ini adalah jawapannya. Mesin yang seakan-akan mesin penjual ini ini dicipta bagi membolehkan pasangan kekasih untuk bernikah dalam kadar yang segera.




Dengan hanya memasukkan wang ke dalam mesin ini maka pernikahan boleh segera di mulakan tanpa perlu apa-apa persiapan.


Setelah wang dimasukkan, maka mesin akan bertindak sebagai 'pendeta' dimana akan membacakan sumpah pernikahan seperti "apakah bersedia menerima si dia?" dan untuk menjawab dengan ucapan, anda harus menekan tombol "I Do".




Bukan namanya pernikahan kalau tidak ada cincin kahwin kan. Jangan bimbang, setelah pembacaan sumpah, mesin ini akan mengeluarkan sepasang cincin perkahwinan untuk dikenakan kepada pasangan pengantin.




Tentunya tidak rasmi perkahwinan jika tanpa sijil sah kahwin. Jangan bimbang, mesin ini juga boleh  mencetak sijil perkahwinan anda.




Sebenarnya alat ini dicipta untuk tujuan seronok-seronok sahaja. Mana mungkin perkahwinan dapat diuruskan oleh mesin tanpa kehadiran Tok Kadi dan wali kalau mengikut ajaran Islam. 


Atau lebih tepat lagi mesin ini dicipta untuk menunjukkan bahawa perkahwinan itu sebenarnya tidaklah rumit seperti yang di sangka ramai tapi tidak bermakna mesin boleh menggantikan peranan manusia untuk menikahkan pasangan pengantin...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~ 

3 comments:

  1. haha.
    ingat kan betol2 ade pakai mesin gini.
    :D

    ReplyDelete
  2. suka2 hati je cipta mesin gini..huhu

    ReplyDelete
  3. snangnya kawen. xyhla smpai ke siam nk kawen . haha

    ReplyDelete