Inilah hobi terbaru saya iaitu bela ikan laga. Sebelum ini pernah terfikir nak bela haiwan peliharaan lain seperti hamster tapi akhirnya memilih untuk bela ikan laga.
Actually dapat idea nak bela ikan bila melawat pasar malam Taman Melati dan Carrefour Wangsa Maju. Geram je tengok ikan meliuk-liuk dalam balang kecil.
Kenapa ikan laga? Nak tahu sebab apa? Inilah sebab kenapa saya pilih untuk bela ikan laga berbanding haiwan perliharaan lain :-
- Kos yang murah. Harga seekor ikan laga di pasaran ialah RM2, pallet ikan (makanan) RM1.50, anti klorin RM 1.50. Kos semua sekali ialah RM5 (tidak termasuk balang).
- Tak perlu mesin oksigen macam bela ikan lain dalam akuarium. Agaknya ikan laga ni naik ke permukaan air untuk dapatkan oksigen kot.
- Warna yang menarik. Ada yang warna merah dan ada yang berwarna biru. Ada juga yang berbelang merah dan biru di bahagian sirip dan ekor. Cantik bangat!
- Bila balik rumah je rasa bagai di sambut bila ikan ni meliuk-liuk di depan kita. Rasa bahagia je dan lupa masalah duniawi sekejap.
- Senang untuk di cuci. Balang dia kecik je so senanglah tukar air. Kalau akuarium susah sikit nak cuci maklumlah besar. Kena letak penapis pula tu.
Sekarang ni tengah bercadang nak bela seekor lagi tapi kena cari balang lain. Tak boleh campur sekali. Nanti berlaga pulak. Nama pun ikan laga kan.
Kalau ada sesiapa tahu haiwan apa yang murah dan mudah bela minta share di sini ya. Kalau kena dengan citarasa mungkin saya akan bela haiwan itu pula....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~
ini hobi aku masa sekolah rendah dulu..masa season "tangkap-tangkap ikan laga celah pokok nipah" tengah in..fuh! best betul dok kampung.
ReplyDeleteMasa aku bela, senang jer nak feed dia..malam2 tampar nyamuk...pastu campak dalam balang ikan. Lagi save cost...tapi nie cerita doploh tahun lepas la...kahkahkah!
nanti pak cek nak satu ye sbg hadiah.huhu =)
ReplyDeleterajinnye bela ikan :)
ReplyDeletelepas dh dpt kumpul byk haiwan berkos rendah, blh laa bukak zoo bajet @ zoo dgn tiket harga patut
ReplyDeletekos manage binatang murah, so harga tiket pn murah laa
dulu2 pernah juga ada bela ikan laga gini..tp balik dari asrama, tgk2 dah mati..
ReplyDeleteikan laga cantik bangat..!yup cantik bangat..!!
ReplyDeleteI nak jemput u tgk ikan laga i..dah ada dua ekor jantan..sekarang nak cari betina , i nak try biakkan..
ReplyDeletehttp://www.silampuneon.com/2011/06/ikan-laga-dalam-akuarium-botol.html
and i juga bela sugar glider...= )
Saya pun nak bela tapi banyak kedai yang jual mahal
ReplyDelete