Tuesday, May 24

Cuti Tambahan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Kebangsaan 2011



Kerajaan memutuskan supaya 1 hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan berikutan Hari Raya Aidilfitri dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos 2011 ini.


Walaubagaimanapun hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.




Jika Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.


Jika Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

9 comments:

  1. ye ke? yahooo..bestnyaa..jimat cuti..nak raya lama plak tu

    ReplyDelete
  2. bgus tu..tpi cuti sebelum lagi bagus....hihiii

    jom balik kg.....oooo balik kg...
    syoknya raya

    ReplyDelete
  3. agak nya ada tak perbarisan hari kebangsaan masa Hari Raya tu ?

    ReplyDelete
  4. hehe elokle ada cuti tambahan. cuti tahunan dah nak abes dah ni huhu

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info... cuti sikit tp leh lama2... baguih laaa... :))

    ReplyDelete